Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Penutupan Sekolah | Kementerian Pendidikan Ambil Kira Nasihat PKD

Penutupan Sekolah akan dipertimbangkan oleh Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan mengambil kira nasihat daripada Pusat Kesihatan Daerah (PKD) dalam membuat keputusan sama ada terdapat keperluan untuk penutupan sekolah jika berlaku jangkitan sesuatu kes positif Covid-19.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd. Radzi Jidin berkata, PKD lebih memahami situasi semasa berdasarkan analisa risiko yang mendalam berhubung setiap kes penularan tersebut.

PENUTUPAN SEKOLAH MENGIKUT NASIHAT PKD

PENUTUPAN SEKOLAH

Beliau berkata, pihaknya sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dalam berhadapan dengan kes-kes seperti ini sebagaimana yang dilakukan semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Jika PKD kata kelas, tingkat, bangunan atau sekolah itu perlu tutup, maka kita akan mengikut nasihat itu kerana mereka ini adalah profesional serta lebih memahami keadaan tersebut.

“Oleh itu, kami berharap semua pihak dapat memberi keyakinan kepada kementerian untuk sama-sama memastikan sesi persekolahan dapat dijalankan dengan selamat,” katanya ketika ditemui selepas majlis Malaysia Prihatin: Menteri Kanan Pendidikan bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) negeri di Dewan Sivik, di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai gesaan supaya semua guru-guru diberikan vaksin bagi fasa pertama, beliau berkata, seramai 55,000 guru yang berisiko tinggi untuk mendapat kesan negatif jangkitan Covid1-9 akan diberikan keutamaan.

“Sepertimana yang tahu, guru-guru ini akan diutamakan pada fasa pertama dan selebihnya akan diikuti pada fasa berikutnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Penggerak Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Perlis, Dr Abdul Jalil Ramli berkata, pihaknya berharap vaksin bukan sahaja diberikan kepada 55,000 guru yang berisiko tetapi turut diperluaskan kepada semua guru-guru yang juga barisan hadapan.

“Ini kerana mereka yang paling lama bersama dengan murid dan pelajar dalam bilik darjah. Apabila guru sudah diberi vaksin, secara pinsipnya murid dan pelajar juga akan selamat daripada jangkitan virus tersebut.

“Beri pada semua kerana mereka telah berkorban segala-galanya untuk anak-anak kita,” ujarnya.

Sumber : UTUSAN ONLINE

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More