Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Peluang Kerjaya Di INSPEN Bagi Tahun 2024

Institut Penilaian Negara (INSPEN) kini sedang membuka pelbagai peluang kerjaya untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di INSPEN

Peluang Kerjaya Di Institut Penilaian Negara (INSPEN) yang terkini bagi tahun 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41
Taraf JawatanKontrak (Contract of Service)
Bidang KepakaranPrinsip Akaun Dan Prinsip Ekonomi
Kumpulan PerkhidmatanPengurusan Dan Profesional
Klasifikasi PerkhidmatanPendidikan (D)
Lokasi PenempatanInstitut Penilaian Negara (INSPEN), Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan Malaysia
Tarikh Tutup Permohonan11 Mac 2024 (Isnin)

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di INSPEN bagi tahun 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 23 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Membuktikan tahap kecemerlangan akademik.
  5. Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Peluang Kerjaya Di INSPEN Bagi Tahun 2024 1
Jawatan Kosong Terkini Di Institut Penilaian Negara

Syarat Khas INSPEN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Memperoleh kelayakan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan atau Ijazah Sarjana Muda yang setaraf daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  • Cemerlang dalam bidang kepakaran berkaitan dengan minimum CGPA 2.85 dan ke atas.
  • Bidang kepakaran atau pengajaran yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. Prinsip Akaun.
  2. Prinsip Ekonomi.

Syarat Lain

Pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Tempoh pembaharuan kontrak adalah bagi setiap dua (2) tahun tertakluk kepada syarat berkuat kuasa.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dihantar ke e-mel [email protected] sebelum tarikh tutup permohonan, 11 Mac 2024.

Pemohon dikehendaki menyertakan salinan yang telah disahkan seperti berikut:

  • Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat pendidikan dan pengalaman kerja, tahap kemahiran komputer, anugerah yang pernah diterima, sumbangan kepada masyarakat / komuniti dan maklumat lain yang relevan.
  • Gambar Berukuran Pasport.
  • Salinan Sijil Kad Pengenalan.
  • Salinan Sijil Kelahiran.
  • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  • Salinan Ijazah Sarjana Muda.
  • Salinan Transkrip Akademik.
  • Salinan Sijil-Sijil Berkaitan.

Permohonan yang tidak lengkap diisi dan tidak mengikut peraturan memohon boleh menyebabkan permohonan tidak dipertimbangkan.

Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Calon yang berjaya akan bertugas di INSPEN mulai bulan Ogos atau September 2024.

Sebarang pertanyaan berhubung iklan ini boleh diajukan kepada pegawai berikut:

Nama: Puan Noraini binti Samsuri
No. Telefon Pejabat: 03 – 8911 8800
E-mel: [email protected]

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Peluang Kerjaya Di INSPEN Bagi Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di INSPEN 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong di INSPEN 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More