Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Meta Lancar Instagram Threads Seperti Twitter Bermula 6 Julai 2023

Instagram Threads adalah pesaing Twitter yang terbaru bermula 6 Julai 2023 baru-baru ini. Pengguna mendapat pengalaman ‘microblogging’ seperti Twitter sekaligus menunjukkan Meta telah bersiap sedia mencabar Twitter.

Meta telah melancarkan aplikasi untuk menyaingi Twitter dengan dijadikan alternatif kepada platform media sosial yang dimiliki oleh Elon Musk.

Dikenali dengan nama Threads, ia merupakan versi berasaskan teks aplikasi perkongsian foto Meta Instagram yang menyediakan ‘ruang baharu berasingan untuk kemas kini dan perbualan awam’.

Baru-baru ini, aplikasi baharu itu telah dilancarkan secara langsung di kedai aplikasi Apple dan Google Android di 100 negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Kanada dan Jepun.

Isi Kandungan

Apa Itu Instagram Threads?

Berdasarkan huraian ringkas yang ditulis oleh App Store, Threads merupakan tempat perbualan berasaskan teks di Instagram.

“Thread ialah tempat komuniti berkumpul untuk membincangkan segala topik yang diminati termasuk topik trending keesokannya. Walau apa pun minat pengguna, mereka boleh mengikuti dan berhubung terus dengan pencipta kandungan kegemaran bersama orang yang menyukai perkara itu. Ia juga termasuk membina nama sendiri dengan pengikut setia untuk berkongsi idea, pendapat dan kreativiti dengan dunia,” menurut kenyataan perisian App Store.

Difahamkan, pengguna juga boleh mencari akaun yang diikuti di Instagram pada aplikasi baru tersebut dan membuat hantaran teks dalam interface yang serupa dengan Twitter, Mastodon, Bluesky atau mana-mana aplikasi yang tertumpu pada teks.

Dalam pada itu, Meta juga mengatakan bahawa Instagram Threads akan disepadukan dengan protokol media sosial yang dikawal oleh beberapa pihak yang digunakan Mastodon, iaitu ActivityPub.

Walaupun aplikasi tersebut telah dilancarkan, namun ia tidak menjamin pengguna boleh terus menggunakan Threads dengan membuat penghantaran teks tanpa batas.

Kemungkinan Meta akan melakukan beberapa jenis pelancaran perlahan untuk aplikasi Instagram Threads tersebut kerana mahu melihat kesesuaian apabila ia digunakan.

Instagram Threads

Sumber: The Verge

Twitter Hadkan Bilangan ‘Tweets’ Boleh Dibaca Dalam Sehari 

Sebelum ini, media melaporkan Elon Musk mengumumkan bahawa Twitter mengehadkan jumlah ciapan yang boleh dibaca dalam sehari.

Keputusan itu dibuat untuk sementara waktu, susulan beribu-ribu pengguna menghadapi masalah untuk mengakses laman sesawang tersebut.

Musk mengumumkan pada Sabtu bahawa akaun yang disahkan telah dihadkan untuk membaca hanya 6,000 hantaran sehari.

Akaun yang tidak disahkan hanya boleh membaca 600 hantaran sehari.

Manakala akaun baharu yang belum disahkan terhad kepada hanya 300 hantaran, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX itu berkata Twitter telah melaksanakan tindakan itu untuk mengatasi tahap ‘data scraping’ dan manipulasi sistem yang melampau.

Adakah Instagram Threads Saingi Twitter?

Twitter kini dihujani dengan pelbagai kritikan susulan satu siri perubahan yang dibuat oleh Musk yang menyekat pengguna dan pengiklanan.

Selain itu, Threads juga mempunyai butang suka, siarkan semula, membalas atau menguntai bebenang.

Menurut Meta, visi Threads adalah menjadi aplikasi baharu yang lebih tertumpu kepada teks dan dialog dan dimodelkan mengikut apa yang Instagram telah lakukan untuk foto dan video. Setiap ciapan dihadkan kepada 500 aksara iaitu lebih daripada jumlah ciapan teks di Twitter yang hanya 280 aksara.

Threads juga boleh memasukkan pautan, foto dan video sehingga lima minit.

Pengguna Instagram akan dapat log masuk dengan nama pengguna sedia ada mereka dan mengikuti akaun yang sama pada aplikasi baharu itu manakala pengguna baharu perlu menyediakan akaun Instagram.

Meta menekankan langkah untuk memastikan pengguna selamat, termasuk menguatkuasakan garis panduan komuniti Instagram dan menyediakan alat untuk mengawal siapa yang boleh menyebut atau membalas pengguna.

Tawaran baharu Meta, bagaimanapun, telah menimbulkan kebimbangan privasi data.

Menurut pendedahan privasi datanya di App Store, bebenang di threads boleh mengumpulkan pelbagai maklumat peribadi, termasuk kesihatan, kewangan, kenalan, penyemakan imbas dan sejarah carian, data lokasi, pembelian dan ‘maklumat sensitif’.

Instagram Threads

Jadi, itu sahaja sedikit perkongsian tentang Instagram Threads dan diharapkan semoga ia dapat sedikit sebanyak menambahkan pengetahuan anda tentang Instagram Threads yang telah dilancarkan oleh Meta.

Selain info teknologi terkini tentang Instagram Threads ini, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi fakta lain berkaitan teknologi dunia yang semakin hari semakin canggih ini di TcerDotMy kerana kami sentiasa berkongsi fakta menarik untuk rujukan utama anda.

Selamat Membaca!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More