Sumber Rujukan Globalisasi Anda

IPU Jerebu Malaysia Terkini: Sekolah, Tadika & Taska Ditutup Jika IPU Melebihi 200

IPU Jerebu Malaysia Terkini merekodkan bacaan kategori tidak sihat sejak 2 Oktober 2023.

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partike-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.

Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancara cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian, keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca-punca utama jerebu adalah akibat daripada pembakaran secara terbuka, asap dari kilang atau asap dari kenderaan.

Isi Kandungan

Rumusan IPU Jerebu

Rumusan IPU Jerebu adalah seperti ketetapan berikut:

  • Baik / Good (0-50)
  • Sederhana / Moderate (51-100)
  • Tidak Sihat / Unhealthy (101-200)
  • Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy (201-300)
  • Merbahaya / Hazardous (300 above)

IPU Jerebu Malaysia Terkini 

Kumpulan Berisiko Semasa Jerebu

Tahukah anda golongan yang berisiko tinggi semasa jerebu ialah

  • kanak-kanak,
  • warga tua,
  • wanita mengandung,
  • pesakit jantung,
  • pesakit Asthma, dan
  • COPD.

Justeru, mereka ini perlu mengambil langkah pencegahan yang sepatutnya supaya tidak diserang kesan buruk akibat keadaan jerebu yang berterusan.

IPU Jerebu Malaysia Terkini 

IPU Jerebu Malaysia Terkini

Semalam (2 Oktober 2023), 16 kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kategori tidak sihat iaitu melebihi 101 hingga 200 sejak pukul 7.00 pagi.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan Cheras di ibu negara mencatatkan bacaan IPU paling tinggi iaitu 165.

IPU Jerebu Malaysia Terkini pada 2 Oktober 2023 pada jam 4.00 petang adalah seperti berikut.

IPU Jerebu (Indeks Pencemaran Udara) Malaysia Terkini APIMS

Sekolah, Tadika & Taska Ditutup Serta-Merta Apabila Bacaan IPU Melebihi 200 – Jabatan Alam Sekitar

Berikutan beberapa kawasan di Malaysia kini dilanda jerebu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengingatkan pihak sekolah agar mematuhi garis panduan yang telah disediakan.

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek berkata, garis panduan itu antara lain menetapkan tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100.

Jumlah kawasan merekodkan bacaan Indeks IPU kategori tidak sihat pagi tadi (2 Oktober 2023) meningkat kepada 16, merangkumi sembilan negeri dengan Cheras merekodkan IPU tertinggi dengan bacaan 164.

Kementerian Pendidikan juga akan mendapatkan nasihat dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada sekolah perlu ditutup dan jika perlunya pemakaian pelitup muka.

IPU Jerebu Malaysia Terkini 

Kredit Sumber: Facebook Jabatan Komunikasi Komuniti

Perlaksanaan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan Bagi Menghadapi Jerebu

Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan merangkumi tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh agensi-agensi berkaitan dan pihak-pihak yang berkepentingan mengikut tahap amaran dan status kualiti udara yang dinyatakan dalam bentuk Indeks Pencemar Udara, (IPU) dan mempercepatkan tindakan dalam mengatasi atau mengurangkan kesan jerebu.

IPU merupakan satu sistem indeks untuk melaporkan status kualiti udara di Malaysia. IPU yang dilaporkan mengikut masa yang tertentu dikira berdasarkan sub-indeks bagi enam (6) pencemar udara iaitu sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), ozon di permukaan (O3), karbon monoksida (CO), kumin pepejal di bawah saiz 10 mikron (PM10) dan kumin pepejal di bawah saiz 2.5 mikron (PM2.5) yang membentuk sistem IPU Malaysia.

Nilai rujukan bagi penentuan IPU adalah berdasarkan Standard Kualiti Udara Ambien Malaysia yang telah digubal pada tahun 2014. Kepekatan bagi enam (6) pencemar udara diukur secara berterusan 24 jam sehari melalui rangkaian 65 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh Malaysia.

Garis panduan itu antara lain menetapkan tiada aktiviti luar boleh dilaksanakan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, manakala sekolah, tadika dan taska akan ditutup serta-merta apabila bacaan IPU melebihi 200.

Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan untuk panduan guru dan ibu bapa khususnya telah disediakan pada pautan berikut

>>>Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan<<<

Berikut dikongsikan juga siaran media yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar berkaitan IPU Jerebu Malaysia Terkini, bertarikh 2 Oktober 2023.

IPU Jerebu Malaysia Terkini

IPU Jerebu Malaysia Terkini

IPU Jerebu Malaysia Terkini

IPU Jerebu Malaysia Terkini

Maklumat Lanjut

Untuk membuat semakan tahap IPU Jerebu Malaysia Terkini di kawasan anda, sila rujuk IPU Jerebu (Indeks Pencemaran Udara) Malaysia Terkini APIMS dari semasa ke semasa.

Sebarang maklumat lanjut tentang IPU Jerebu Malaysia Terkini atau status jerebu di kawasan anda, sila ikuti saluran berikut:

Diharapkan info tentang IPU Jerebu Malaysia Terkini ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More