Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Sehingga 256 Jawatan Kosong Di DBKL Mei 2024

Jawatan Kosong Di DBKL bagi Mei 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di DBKL

Maklumat Jawatan Kosong Di DBKL bagi Mei 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJumlah KekosonganJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Juruukur Bangunan Gred J41Kontrak / Tetap1RM2,529.00 – RM9,643.0013 Mei 2024
Pegawai Penguatkuasa Gred KP41Kontrak / Tetap1RM2,081.00 – RM9,547.0013 Mei 2024
Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29Kontrak / Tetap1RM1,773.00 – RM5,674.0013 Mei 2024
Penolong Pegawai Perubatan Gred U29Kontrak / Tetap1RM1,797.00 – RM5,753.0013 Mei 2024
Penolong Jurutera (Elektronik) Gred JA29Kontrak / Tetap2RM1,549.00 – RM5,01.0013 Mei 2024
Penjaga Jentera Elektrik Gred J19Kontrak / Tetap2RM1,377.00 – RM4,052.0013 Mei 2024
Pengawal Keselamatan Gred KP11Kontrak / Tetap2RM1,205.00 – RM2,939.0013 Mei 2024
Pemandu Kenderaan Gred H11 (Lelaki Sahaja)Kontrak / Tetap42RM1,264.00 – RM2,939.0013 Mei 2024
Pembantu Awam Gred H11Kontrak / Tetap204RM1,218.00 – RM2,939.0013 Mei 2024
Jawatan Kosong Di DBKL

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di DBKL bagi Mei 2024 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Sehingga 256 Jawatan Kosong Di DBKL Mei 2024 1
Jawatan Kosong Di DBKL

Jawatan Juruukur Bangunan Gred J41

Calon lantikan Jawatan Kosong Di DBKL ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ukur bangunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

Calon lantikan Jawatan Kosong Di DBKL ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penolong Pegawai Undang-Undang Gred L29

Calon lantikan Jawatan Kosong Di DBKL ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Diploma undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penolong Pegawai Perubatan Gred U29

Calon lantikan Jawatan Kosong Di DBKL ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penolong Jurutera (Elektronik) Gred JA29

Calon lantikan Jawatan Kosong Di DBKL ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred J19

Calon lantikan Jawatan Kosong Di DBKL ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang kurangnya Sijil Kekompetenan Kategori A0 (Sistem Voltan Rendah) yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11

Calon lantikan Jawatan Kosong Di DBKL ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11 (Lelaki Sahaja)

Calon lantikan Jawatan Kosong Di DBKL ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred E) dalam 4 subjek yang lain termasuk Matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred D) dalam 4 subjek yang lain termasuk Matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Calon-calon hendaklah memiliki lesen memandu kelas D, yang masih sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  • Lesen memandu dalam tempoh percubaan (P) TIDAK LAYAK memohon.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Awam Gred H11

Calon lantikan Jawatan Kosong Di DBKL ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dengan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred E) dalam 4 subjek yang lain termasuk Matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu dan Lulus (sekurang-kurangnya Gred D) dalam 4 subjek yang lain termasuk Matematik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Cara Permohonan

    Permohonan boleh dibuat pada portal Kerjaya DBKL sebelum atau pada tarikh tutup permohonan, iaitu 13 Mei 2024 (Isnin).

    Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda untuk log masuk. Jika anda belum mendaftar, sila klik pada hyperlink “Daftar Sekarang” untuk meneruskan permohonan kerja.

    Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

    >>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

    Sehingga 256 Jawatan Kosong Di DBKL Mei 2024 2
    Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di DBKL ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

    Maklumat Tambahan

    Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

    anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

    Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Di DBKL bagi tahun 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

    This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More