Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Banyak Jawatan Kosong Di PTPTN Ogos 2023

Jawatan Kosong Di PTPTN Ogos 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan tersebut.

Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan, dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah:

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di PTPTN Ogos 2023

Maklumat Jawatan Kosong Di PTPTN Ogos 2023 adalah seperti berikut:

Jawatan

Info Lanjut

  1. Pegawai Tadbir Gred N41 (Gaji: RM2,080.00 – RM9,546.00)
  2. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 (Gaji: RM1,352.00 – RM4,003.00)
  • Tarikh Tutup Permohonan: 10 Ogos 2023 (Khamis)
  • Lokasi Penempatan: Ibu Pejabat PTPTN, Kuala Lumpur & Pejabat PTPTN Negeri (PPN) Johor
  • Taraf Jawatan: Kontrak

Syarat/Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di PTPTN Ogos 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.

Jawatan Pegawai Tadbir

Calon lantikan Jawatan Kosong Di PTPTN Ogos 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau

(b) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43)

(c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Calon lantikan Jawatan Kosong Di PTPTN Ogos 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau

(b) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau

(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80)

(d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Permohonan bagi jawatan ini boleh dikemukakan secara dalam talian (online) di e-Form PTPTN sebelum 11.59 malam, khamis, 10 Ogos 2023.

Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.

Maklumat khusus kepada calon:

  1. Sila pastikan e-mel dan nombor telefon adalah aktif.
  2. Pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
  3. Pegawai boleh diarah berkhidmat di pejabat cawangan PTPTN seluruh negara.
  4. Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan jawatan dan urusan temuduga adalah atas tanggungjawab calon sendiri.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di PTPTN Ogos 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Jawatan Kosong Di PTPTN Ogos 2023

Maklumat Tambahan

Jika ingin mencari pelbagai kerja kosong lain yang terkini seperti Jawatan Kosong Di LLM Ogos 2023, Jawatan Kosong Di FRIM Ogos 2023, sila pergi ke portal Kerja Kosong kami (Klik Sini) kerana sudah ramai yang sudah berjaya mendapat kerja melalui portal ini.

Semoga dengan iklan Jawatan Kosong Di PTPTN Ogos 2023 ini ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info tentang jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More