Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong Di USM 2023

Jawatan Kosong Di USM 2023 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti dibawah.

Calon yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi dialu-alukan untuk mengisi kekosongan tersebut.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong Di USM 2023

Maklumat Jawatan Kosong Di USM 2023 adalah seperti berikut:

JawatanInfo Lanjut
1. Pegawai Sains Gred C41
2. Penolong Pegawai Sains Gred C29
– Tarikh Tutup Iklan: 4 Disember 2023 (Isnin)
– Lokasi Penempatan: Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia (USM)
– Taraf Jawatan: Kontrak (Contract for Service)
– Gaji Yang Ditawarkan Gred C41: RM 2,317.00
– Gaji Yang Ditawarkan Gred C29: RM 1,782.91 (Bidang Sains) & RM 1,858.12 (Bidang Mikrobiologi)
Maklumat Jawatan Kosong USM Terkini

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong Di USM 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh di dapati di bawah.
Jawatan Kosong Di USM 2023 1
Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1969 dan
merupakan salah satu institusi pengajian tinggi awam yang tertua di Malaysia. Pada
tahun 1971, kampus induk USM telah didirikan di Bukit Minden, lebih kurang 10km dari
Bandaraya Georgetown. Suasana kampus yang nyaman dan harmoni ini menyediakan
persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.

Jawatan Pegawai Sains Gred C41

Calon lantikan Jawatan Kosong Di USM 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Sains atau Sains Gunaan (Biologi) dengan kepujian atau dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mempunyai pengalaman dalam mengendali pelbagai alatan saintifik.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29

Calon lantikan Jawatan Kosong Di USM 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Diploma dalam bidang Sains (Biologi) atau Mikrobiologi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Mempunyai pengalaman dalam mengendali pelbagai alatan saintifik.
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan rasmi dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut:

  1. Latar belakang diri termasuk alamat surat menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi.
  2. Latar belakang pendidikan, pengalaman kerjaya dan semua salinan sijil akademik dan yang berkaitan perlulah disahkan dan dikemukakan bersama permohonan ini.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Dekan, Fakulti Pengajian Sains Kajihayat Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang atau e-mel kepada [email protected], sebelum tarikh tutup iklan permohonan iaitu 4 Disember 2023.

Hanya calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil untuk temu duga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap Tidak Berjaya.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong Di USM 2023 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong Di USM 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti Jawatan Kosong Di JSM 2023 atau Jawatan Kosong Di JAKIM 2023, anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Di USM 2023 ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini. Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More