Jawatan Kosong Jabatan Pertanian Malaysia Tahun 2025

Jawatan Kosong Jabatan Pertanian Malaysia kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Pertanian Malaysia
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Pertanian Malaysia yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
Jawatan | Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 |
Taraf Jawatan | Calon lantikan baharu adalah secara pelantikan Kontrak (Interim) selama 3 tahun dan Pegawai Lantikan Tetap yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan adalah secara pelantikan Tetap. |
Jumlah Kekosongan | 158 |
Jumlah Simpanan | 120 |
Kementerian / Jabatan | Jabatan Pertanian Malaysia |
Kenaikan Pangkat Ke Penolong Pegawai Pertanian Gred G6 | Penolong Pegawai Pertanian Gred G5 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Pertanian Gred G6 yang kosong apabila telah: – disahkan dalam perkhidmatan; – mencapai tahap prestasi yang ditetapkan; – memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan – diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan. |
Deskripsi Tugas | Membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog, kursus / latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian. |
Tarikh Tutup Permohonan | 23 Jun 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong Jabatan Pertanian Malaysia ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Sijil Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM1,650.00); atau
- Diploma Pertanian, Diploma dalam bidang Hortikultur, Bioteknologi, Perniagaan Tani, Pengeluaran Makanan, Agroteknologi / Teknologi Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM1,974.00); atau
- Diploma Kejuruteraan dalam bidang Pertanian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred G5: RM2,055.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah dalam bidang-bidang seperti berikut:
- Agroteknologi
- Bioteknologi Perniagaan
- Hortikultur / Sains Hortikultur
- Kejuruteraan Pertanian
- Pemprosesan Makanan (Pengeluaran)
- Perniagaan Tani / Agro Business / Sains (Perniagaan Tani)
- Pertanian / Sains Pertanian
- Teknologi Pertanian
Cara Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 23 Jun 2025, jam 11.59 malam.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Hanya calon yang telah memperoleh Sijil / Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh Senat / Jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat Skim Perkhidmatan.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Insititut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Jun 2025,
- Jawatan Kosong Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Jun 2025,
- Jawatan Kosong DBKL Jun 2025,
- Pengambilan Perajurit Muda (PJM) Udara TUDM 2025,
- Jawatan Kosong Sebagai Pembantu Khidmat Am 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong Jabatan Pertanian Malaysia yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.