Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong USIM Tahun 2025

Jawatan Kosong USIM bagi tahun 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong USIM
Maklumat Jawatan Kosong USIM yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
| Jawatan | Taraf Jawatan | Lokasi Penempatan | Tarikh Tutup Permohonan |
|---|---|---|---|
| Pegawai Teknologi Maklumat Gred 9 | Contract of Service SLaK3.0 | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | 23 Jun 2025 |
| Penolong Pendaftar Gred 9 | Contract of Service SLaK3.0 | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | 23 Jun 2025 |
| Pegawai Farmasi Gred UF9 | Tetap | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | 23 Jun 2025 |
| Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred 5 | Contract of Service SLaK3.0 | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | 23 Jun 2025 |
| Penolong Juruukur Bahan Gred 5 | Contract of Service SLaK3.0 | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | 23 Jun 2025 |
| Pembantu Khidmat Am Gred 1 | Contract of Service SLaK3.0 | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | 23 Jun 2025 |
| Pembantu Keselamatan Gred 1 | Contract of Service SLaK3.0 | Kampus Nilai, Negeri Sembilan | 23 Jun 2025 |
| Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U1 | Tetap | Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur | 23 Jun 2025 |
| Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U1 | Tetap | Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur | 23 Jun 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong USIM ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Memiliki kelayakan akademik seperti yang dinyatakan dalam Skim Perkhidmatan.
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred 9
Calon lantikan Jawatan Kosong USIM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian, Ijazah SarjanaMuda Teknologi Maklumat dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Ijazah Kedoktoran dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Jawatan Penolong Pendaftar Gred 9
Calon lantikan Jawatan Kosong USIM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Jawatan Pegawai Farmasi Gred UF9
Calon lantikan Jawatan Kosong USIM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan berdaftar denganLembaga Farmasi Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred UF9: RM2,910.00).
Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred 5
Calon lantikan Jawatan Kosong USIM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer atau Sijil dalam bidang Prosesan Data yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma Sains Komputer, Diploma Teknologi Maklumat atau Diploma Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred 5
Calon lantikan Jawatan Kosong USIM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau
- Diploma Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).
Jawatan Pembantu Khidmat Am Gred 1
Calon lantikan Jawatan Kosong USIM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannyaoleh Kerajaan; atau
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Jawatan Pembantu Keselamatan Gred 1
Calon lantikan Jawatan Kosong USIM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
- Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yangbaikdan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U1
Calon lantikan Jawatan Kosong USIM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Pembantu Pembedahan Pergigian yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U1: RM1,561.00).
Jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U1
Calon lantikan Jawatan Kosong USIM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) pada portal USIM EIRIS V2 sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 23 Jun 2025 (Isnin).
Setiap permohonan yang dihantar akan dikenakan caj permohonan sejumlah RM10.00 melalui sistem mypayment.
Permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas enam(6) bulan dari tarikh tutup iklan dikategorikan sebagai tidak berjaya.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jun 2025,
- Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jun 2025,
- Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Jun 2025,
- Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) 2025,
- Jawatan Kosong MARDI Jun 2025,
- Pengambilan Perajurit Muda (PJM) Udara TUDM 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong USIM yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.



