Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong MARDI Jun 2025

Jawatan Kosong MARDI Jun 2025 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong MARDI Jun 2025
Maklumat Jawatan Kosong MARDI Jun 2025 yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
| Jawatan | Lokasi Penempatan | Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
|---|---|---|---|
| Penolong Pegawai Penyelidik | Program Pengeluaran Biji Benih, Bahan Tanaman & Ternakan(CB3), Serdang Selangor | RM1,900.00 (Secara Pukal) | 19 Jun 2025 |
| Pembantu Operasi | Pejabat Am, Pusat Pengkomersialan Teknologi & Bisnes Serdang Selangor | RM1,700.00 (Secara Pukal) | 19 Jun 2025 |
| Pembantu Awam | Program Pengeluaran Biji Benih, Bahan Tanaman & Ternakan(CB3), Serdang Selangor | RM1,500.00 (Secara Pukal) | 19 Jun 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong MARDI Jun 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Penolong Pegawai Penyelidik
Calon lantikan Jawatan Kosong MARDI Jun 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan mendapat Prinsipal dalam subjek Matematik atau salah satu subjek Sains; atau
- Sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Sijil Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- Sijil Matrikulasi dalam jurusan sains dan aliran teknikal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); atau
- Diploma dalam bidang sains yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya); atau
- Diploma dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma Sains Veterinar / Haiwan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Operasi
Calon lantikan Jawatan Kosong MARDI Jun 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Awam
Calon lantikan Jawatan Kosong MARDI Jun 2025 ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dikemukakan dengan mengisi Borang MDI.1 Pindaan 1/2013 dengan lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan yang berkaitan sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 19 Jun 2025 (Khamis).
Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara pos ke alamat seperti di bawah:
Pengarah
Pusat Pengkomersialan Teknologi & Bisnes
Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI-UPM
43400, Serdang, Selangor.
(u.p: Puan Norhazwani Binti Nordin)
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah
>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK<<<
>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU OPERASI<<<
>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN JAWATAN PEMBANTU AWAM<<<

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) 2025,
- Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Jun 2025,
- Jawatan Kosong Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Jun 2025,
- Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Jun 2025,
- Jawatan Kosong Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) 2025,
- Pengambilan Perajurit Muda (PJM) Udara TUDM 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong MARDI Jun 2025 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.



