Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong KPWKM Tahun 2025

Jawatan Kosong KPWKM bagi tahun 2025 dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong KPWKM
Maklumat Jawatan Kosong KPWKM yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
| Jawatan | Jumlah Kekosongan | Jumlah Simpanan | Lokasi Penempatan | Tarikh Tutup Permohonan |
|---|---|---|---|---|
| Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S9 | 7 | 40 | Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (Semenanjung) | 8 Julai 2025 |
| Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S5 | 6 | 40 | Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat | 8 Julai 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong KPWKM ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S9
Calon lantikan Jawatan Kosong KPWKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,250.00); atau
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S9: RM2,470.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah dalam bidang-bidang seperti berikut:
- Antropologi dan Sosiologi;
- Kajian / Analisis / Pengajian Sosial / Kajian Khidmat Sosial;
- Komunikasi Kemanusiaan / Komunikasi;
- Masyarakat dan Persekitaran;
- Pembangunan Manusia;
- Pengurusan Kerja Sosial / Kerja Sosial;
- Pengurusan Risiko Bencana;
- Pentadbiran Sosial;
- Psikologi Kaunseling;
- Psikologi (Psikologi Kanak-Kanak Dan Keluarga);
- Sains Kemasyarakatan (Antropologi Dan Sosiologi);
- Sains Kemasyarakatan (Ekonomi);
- Sains Sosial;
- Sains Sosial (Antropologi Dan Sosiologi); atau
- Sains Sosial (Pengajian Kerja Sosial) / (Kerja Sosial).
Jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S5
Calon lantikan Jawatan Kosong KPWKM ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
- Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,650.00); atau
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S5: RM1,893.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Keperluan bidang yang telah ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan bagi jawatan ini adalah dalam bidang-bidang seperti berikut:
- Antropologi dan Sosiologi;
- Kajian / Analisis / Pengajian Sosial / Kajian Khidmat Sosial;
- Komunikasi Kemanusiaan;
- Komunikasi (Komunikasi Sosial);
- Pembangunan Manusia;
- Pengurusan Kerja Sosial / Kerja Sosial;
- Pengurusan Risiko Bencana;
- Pentadbiran Sosial;
- Psikologi Kaunseling;
- Sains Kemasyarakatan (Antropologi Dan Sosiologi);
- Sains Kemasyarakatan (Perancangan Dan Pengurusan Pembangunan);
- Sains Sosial; atau
- Sains Sosial (Antropologi Dan Sosiologi).
Cara Permohonan
Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) dengan melayari portal SPA9 – Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sebelum atau pada pada 8 Julai 2025, jam 11.59 malam.
Bagi permohonan kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem.
Pemohon disarankan untuk mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenaraikan pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong Jabatan Muzium Malaysia 2025,
- Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia 2025,
- Jawatan Kosong PERHEBAT 2025,
- Jawatan Kosong Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong KPWKM yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.




