Sumber Rujukan Globalisasi Anda

10 Jawatan Kosong MPAJ 2023

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membuka peluang kerjaya untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi.

Jika berminat dan layak, anda dialu-alukan untuk mengisi Jawatan Kosong MPAJ 2023 dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong MPAJ 2023

Maklumat Jawatan Kosong MPAJ 2023 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanInfo Lanjut
1. Pegawai Tadbir Gred N41
2. Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41
3. Penolong Arkitek Landskap Gred JA29
4. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
5. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
6. Penolong Akauntan Gred W29
7. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
8. Pembantu Penilaian Gred W19
9. Pemandu Kenderaan Gred H11
10. Pembantu Awam Gred H11
– Tarikh Tutup Iklan: 18 Disember 2023 (Isnin)
– Lokasi Penempatan: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
– Taraf Jawatan: Kontrak / Tetap
Jawatan Kosong MPAJ 2023

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong MPAJ 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia. Keutamaan kepada Anak Negeri Selangor.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh di dapati di bawah.
10 Jawatan Kosong MPAJ 2023 1
Jawatan Kosong MPAJ 2023

Jawatan Pegawai Tadbir Gred N41

Calon lantikan Jawatan Kosong MPAJ 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41

Calon lantikan Jawatan Kosong MPAJ 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U41: RM2,429.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan Penolong Arkitek Landskap Gred JA29

Calon lantikan Jawatan Kosong MPAJ 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil dalam bidang teknologi landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
  • Sijil dalam bidang perancang bandar, kejuruteraan awam (seni bina) atau seni bina yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
  • Diploma dalam bidang seni bina landskap yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29

Calon lantikan Jawatan Kosong MPAJ 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Diploma dalam bidang kesihatan persekitaran yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Calon lantikan Jawatan Kosong MPAJ 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Penolong Akauntan Gred W29

Calon lantikan Jawatan Kosong MPAJ 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil dalam bidang pengajian perniagaan atau penyimpan kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau
  • Certified Accounting Technician (CAT) yang diiktiraf oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,510.92); atau
  • Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM1,776.08); atau
  • Licentiate of The Chartered Institute of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W29: RM2,001.68).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred KP19

Calon lantikan Jawatan Kosong MPAJ 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,360.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap dua dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,416.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap tiga dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP19: RM1,472.80).
  • Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i), 1(a)(iii) atau 1(a)(iv) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan Pembantu Penilaian Gred W19

Calon lantikan Jawatan Kosong MPAJ 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap dua dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap tiga dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11

Calon lantikan Jawatan Kosong MPAJ 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)); dan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan Pembantu Awam Gred H11

Calon lantikan Jawatan Kosong MPAJ 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga / Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MPAJ 1 (Percuma) yang boleh didapati dari Kaunter Khidmat Pelanggan atau muat turun borang melalui laman web Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:

  1. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  2. Salinan Sijil-sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah;
  3. Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara – (jika berkenaan);
  4. Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan);
  5. Sekeping gambar ukuran passport (warna); dan
  6. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

10 Jawatan Kosong MPAJ 2023 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong MPAJ 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong MPAJ 2023 ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More