Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Jawatan Kosong PKPS Bagi Tahun 2024

Jawatan Kosong PKPS bagi tahun 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Latar Belakang Penubuhan PKPS

Lembaga Pinjaman Padi Negeri Selangor (LPPNS) telah ditubuhkan pada tahun 1966 dan berperanan untuk

  • menebus tanah-tanah sawah,
  • memberi pinjaman kepada petani-petani untuk membeli tanah-tanah sawah, dan
  • memberi pinjaman bagi pembelian jentera untuk kegunaan di sawah-sawah.

LPPNS telah dibubar dan digantikan dengan penubuhan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS).

PKPS ditubuhkan pada 2 Januari 1972 di bawah Enakmen No. 12 1972 (pindaan 1976,1982 dan 2005) dan bermula beroperasi pada 1 Mac 1973.

PKPS bertanggungjawab untuk memajukan industri perladangan dan asas tani bagi meningkatkan pembangunan sosio ekonomi Negeri Selangor disamping menjalankan projek-projek komersil untuk faedah rakyat.

Walaupun nama telah ditukar namun aktiviti berkenaan penanaman padi masih diteruskan. Pada masa yang sama, PKPS turut terlibat dalam projek-projek pertanian komersil dan program pembangunan ladang kelapa sawit untuk rakyat negeri Selangor seperti Rancangan Revolusi Hijau Bukit Cherakah, Rancangan Tanah Terbiar Kachong Darat dan Rancangan Tanah Belia Busut.

Justeru, kini PKPS telah membuka peluang pekerjaan dan mempelawa anda diluar sana untuk memohon kekosongan jawatan yang telah diiklankan.

Maklumat Jawatan Kosong PKPS

Maklumat Jawatan Kosong PKPS 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanPenyelia Stor
MajikanSyarikat Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Ehsan Marketing Sdn. Bhd.
Lokasi PenempatanSemenyih, Selangor
Gred & Gaji PermulaanTertakluk kepada Skim Perkhidmatan Anak-Anak Syarikat Kumpulan PKPS.
Tarikh Tutup Permohonan27 Mac 2024 (Rabu)

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong PKPS ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Kelayakan akademik adalah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM).
  4. Mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Syarikat PKPS Ehsan Marketing Sdn. Bhd.
Pengambilan Jawatan Kosong PKPS Bagi Tahun 2024 1
Jawatan Kosong PKPS

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan Resume dan Surat Permohonan ke alamat e-mel [email protected] sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 27 Mac 2024.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Jawatan Kosong PKPS Bagi Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong PKPS ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong PKPS yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More