Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong SPN Selangor Tahun 2025

Jawatan Kosong SPN Selangor kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi segera kekosongan seperti dibawah.
Isi Kandungan
Maklumat Jawatan Kosong SPN Selangor
Maklumat Jawatan Kosong SPN Selangor yang kini dibuka adalah seperti ketetapan berikut:
| Jawatan | Taraf Jawatan | Jadual Gaji | Tarikh Tutup Permohonan |
|---|---|---|---|
| Arkitek Gred J9 | Kontrak | RM 2,250.00 – RM 11,110.00 | 22 Mei 2025 |
| Jurutera Gred J9 | Kontrak | RM 2,250.00 – RM 11,110.00 | 22 Mei 2025 |
| Pegawai Teknologi Maklumat Gred F9 | Kontrak | RM 2,250.00 – RM 11,110.00 | 22 Mei 2025 |
| Penolong Jurutera Gred JA5 | Kontrak | RM 1,650.00 – RM 6,620.00 | 22 Mei 2025 |
| Penolong Juruukur Bahan Gred JA5 | Kontrak | RM 1,650.00 – RM 6,620.00 | 22 Mei 2025 |
| Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA5 | Kontrak | RM 1,650.00 – RM 6,620.00 | 22 Mei 2025 |
| Pembantu Penguatkuasa Gred KP1 | Kontrak | RM 1,500.00 – RM 4,680.00 | 22 Mei 2025 |
| Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N1 | Kontrak | RM 1,500.00 – RM 4,680.00 | 22 Mei 2025 |
| Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N1 | Kontrak | RM 1,500.00 – RM 4,680.00 | 22 Mei 2025 |
| Juruteknik Komputer Gred FT1 | Kontrak | RM 1,500.00 – RM 4,680.00 | 22 Mei 2025 |
Syarat Kelayakan Permohonan
Calon lantikan Jawatan Kosong SPN Selangor ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia. ANAK NEGERI SELANGOR atau PEMASTAUTIN (telah menetap di Selangor 15 tahun dan ke atas).
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Arkitek Gred J9
Calon lantikan Jawatan Kosong SPN Selangor ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Seni Bina / Ijazah Sarjana dalam bidang Seni Bina dengan pengiktirafan Bahagian II oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Berdaftar sebagai Arkitek Graduan dengan Lembaga Arkitek Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,910.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Jurutera Gred J9
Calon lantikan Jawatan Kosong SPN Selangor ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
- Berdaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred J9: RM2,690.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F9
Calon lantikan Jawatan Kosong SPN Selangor ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F9: RM2,580.00); atau
- Ijazah Sarjana dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F9: RM3,020.00); atau
- Ijazah Kedoktoran dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred F9: RM3,350.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Jurutera Gred JA5
Calon lantikan Jawatan Kosong SPN Selangor ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau
- Diploma Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Juruukur Bahan Gred JA5
Calon lantikan Jawatan Kosong SPN Selangor ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau
- Diploma Ukur Bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Penolong Pegawai Seni Bina Gred JA5
Calon lantikan Jawatan Kosong SPN Selangor ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- Sijil Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM1,731.00); atau
- Diploma Seni Bina yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA5: RM2,055.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred KP1
Calon lantikan Jawatan Kosong SPN Selangor ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
- SVM dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
- Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang- kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,622.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N1
Calon lantikan Jawatan Kosong SPN Selangor ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau
- SVM dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N1: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1: RM1,622.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N1

Jawatan Juruteknik Komputer Gred FT1
Calon lantikan Jawatan Kosong SPN Selangor ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
- SVM dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred FT1: RM1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred FT1: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred FT1: RM1,622.00).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM / SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara Permohonan
Permohonan hendaklah dibuat secara online pada Sistem Permohonan Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor sebelum tarikh tutup permohonan, iaitu 22 Mei 2025 (Khamis).
Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

Maklumat Tambahan
Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti
- Jawatan Kosong UiTM Cawangan Terengganu 2025,
- Jawatan Kosong Kolej Yayasan Islam Terengganu (KYIT) 2025,
- Jawatan Kosong Lembaga Kemajuan Bintulu 2025,
- Jawatan Kosong Yayasan Ketengah 2025,
- E-Pengambilan PDRM 2025,
anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.
Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong SPN Selangor yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.