Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong UITM Negeri Sembilan Bagi Tahun 2024

Jawatan Kosong UITM Negeri Sembilan bagi tahun 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong UITM Negeri Sembilan

Maklumat Jawatan Kosong UITM Cawangan Negeri Sembilan adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanKampusJadual GajiTarikh Tutup Permohonan
Pegawai Eksekutif (Bidang Pengurusan Asrama) Gred N29Tetap / KontrakUITM Kampus Kuala PilahRM 1,493.00 – RM 5,672.0016 April 2024
Pegawai Eksekutif (Bidang Hal Ehwal Islam) Gred N29Tetap / KontrakUITM Kampus SerembanRM 1,493.00 – RM 5,672.0016 April 2024
Jawatan Kosong UITM Negeri Sembilan

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong UITM Negeri Sembilan ini hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh didapati dibawah.
Jawatan Kosong UITM Negeri Sembilan Bagi Tahun 2024 1

Jawatan Pegawai Eksekutif (Bidang Pengurusan Asrama) Gred N29

Calon lantikan Jawatan Kosong UITM Negeri Sembilan ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,770.95).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat-syarat tambahan adalah seperti berikut:
  1. Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan asrama.

Jawatan Pegawai Eksekutif (Bidang Hal Ehwal Islam) Gred N29

Calon lantikan Jawatan Kosong UITM Negeri Sembilan ini hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat-syarat tambahan adalah seperti berikut:
  1. Keutamaan kepada calon lelaki.
  2. Keutamaan kepada calon yang mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil / Diploma dalam bidang Tahfiz Al-Quran, Pengajian Islam atau bidang berkaitan.
  3. Hanya calon yang telah memperoleh sijil / diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf dan disahkan oleh senat / jawatankuasa berkaitan pada atau sebelum tarikh tutup iklan sahaja layak memohon selaras dengan syarat skim perkhidmatan.

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) pada sistem Pengambilan UiTMCNS dan pemohon dikehendaki membeli nombor pin di dalam sistem tersebut dengan bayaran RM10.00 bagi setiap nombor pin untuk setiap satu jawatan yang dimohon.

Sekiranya anda terpilih untuk ditemuduga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu (1) salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temuduga.

Sekiranya dokumen lengkap tidak dikemukakan, panggilan temuduga adalah terbatal.

Dokumen-dokumen yang telah disahkanhendaklah dikepilkan mengikut susunan berikut:

  1. Borang Permohonan.
  2. Kad Pengenalan.
  3. Sijil Kelahiran.
  4. Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf.
  5. Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci).
  6. Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  7. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji.
  8. Salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan / badan berkanun / separa Kerajaan yang sedang berkhidmat).
  9. Dokumen berkaitan yang dipohon.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong UITM Negeri Sembilan Bagi Tahun 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong UITM Negeri Sembilan ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong UITM Negeri Sembilan yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More