Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jawatan Kosong UMMC 2023

University of Malaya Medical Centre (UMMC) membuka peluang kerjaya untuk warganegara Malaysia yang mempunyai ciri – ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovasi, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi.

Jika berminat dan layak, anda dialu-alukan untuk mengisi Jawatan Kosong UMMC 2023 dibawah.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong UMMC 2023

Maklumat Jawatan Kosong UMMC 2023 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanInfo Lanjut
1. Pegawai Psikologi (Klinikal) Gred S41
2. Juru X-Ray (Radioterapi) Gred U29
3. Jururawat Gred U29
4. Juruteknik Komputer Gred FT19
5. Pengawal Keselamatan Gred KP11
– Tarikh Tutup Permohonan: 18 Disember 2023 (Isnin)
– Lokasi Penempatan: University of Malaya Medical Centre (UMMC)
– Taraf Jawatan: Kontrak / Tetap
Jawatan Kosong UMMC 2023

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong UMMC 2023 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  3. Syarat-syarat kelayakan akademik mengikut jawatan yang lebih terperinci boleh di dapati di bawah.
Jawatan Kosong UMMC 2023 1
Jawatan Kosong UMMC 2023

Jawatan Pegawai Psikologi (Klinikal) Gred S41

Calon lantikan Jawatan Kosong UMMC 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,281.86); atau
  • Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains tingkahlaku berserta Diploma Psikologi Kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,281.86); atau
  • Ijazah sarjana dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,690.70); atau
  • Ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang psikologi, psikologi klinikal atau kaunseling yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S41: RM2,997.32).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Juru X-Ray (Radioterapi) Gred U29

Calon lantikan Jawatan Kosong UMMC 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Jururawat Gred U29

Calon lantikan Jawatan Kosong UMMC 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya Gred C) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Juruteknik Komputer Gred FT19

Calon lantikan Jawatan Kosong UMMC 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,377.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,435.12); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred FT19: RM1,493.24).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Jawatan Pengawal Keselamatan Gred KP11

Calon lantikan Jawatan Kosong UMMC 2023 hendaklah memiliki kelayakan akademik seperti berikut:

  • Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11 : RM 836.90); atau
  • Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan (Gaji permulaan ialah pada Gred KP11 : RM 836.90); dan
  • Calon hendaklah lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah / Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat pada Sistem Permohonan Jawatan Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum tarikh tutup permohonan, 18 Disember 2023.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Jawatan Kosong UMMC 2023 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong UMMC 2023 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong UMMC 2023 ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

Selamat Berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More