Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong YPJ 2024

Jawatan Kosong YPJ 2024 kini dibuka untuk warganegara Malaysia yang memenuhi syarat – syarat yang ditetapkan dan dialu-alukan untuk mengisi kekosongan seperti dibawah.

Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) ialah sebuah pertubuhan Perbadanan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Enakmen YPJ No. 8, tahun 1982 yang berperanan utama di dalam Pembangunan Pendidikan rakyat Negeri Johor.

Isi Kandungan

Maklumat Jawatan Kosong YPJ 2024

Maklumat Jawatan Kosong YPJ 2024 adalah seperti ketetapan berikut:

JawatanTaraf JawatanJumlah KekosonganLokasi PenempatanKadar Upah (Gaji)Tarikh Tutup Permohonan
Pegawai Tadbir (Perhubungan Awam) Gred N41MYSTEP2 OrangYayasan Pelajaran JohorRM 2,100.0010 Mac 2024
Penolong Pegawai Tadbir (Perhubungan Awam) Gred N29MYSTEP2 OrangYayasan Pelajaran JohorRM 1,900.0010 Mac 2024
Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N19MYSTEP4 OrangYayasan Pelajaran JohorRM 1,700.0010 Mac 2024
Jawatan Kosong YPJ 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Calon lantikan Jawatan Kosong YPJ 2024 hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia. Keutamaan kepada rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan bagi lantikan kali pertama dalam Kerajaan.
  3. Berumur kurang daripada 54 tahun pada tarikh tutup iklan bagi kenaikan pangkat secara lantikan.
  4. Pegawai – pegawai yang memasuki Skim Perkhidmatan yang berkenaan adalah tertakluk kepada syarat – syarat Skim Perkhidmatan tersebut yang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong YPJ 2024 1
Jawatan Kosong YPJ 2024

Cara Permohonan

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang YPJ 007 yang boleh diperolehi secara percuma di Pejabat Yayasan Pelajaran Johor, No. 15, Bangunan YPJ, Jalan Nuri, Larkin Jaya, 80350 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim atau dari Laman Web Rasmi Yayasan Pelajaran Johor.

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa mengembalikan borang permohonan.

Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah Mengikut Peraturan 17, Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005).

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport dan salinan diakui sah dokumen-dokumen berikut:

  • Kad Pengenalan.
  • Sijil Kelahiran.
  • Sijil-Sijil Persekolahan (SRP / PMR / PT3 / SPM / STA / STPM / STAM).
  • Sijil Berhenti Sekolah yang Terakhir.
  • Diploma / Ijazah berserta transkrip penuh (jika berkaitan).

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Pengurus Besar
Yayasan Pelajaran Johor
No 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Kg. Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru

Setiap permohonan jawatan hendaklah menggunakan satu borang sahaja bagi setiap jawatan yang di pohon. Sekiranya permohonan jawatan lebih daripada satu hendaklah menggunakan borang yang berasingan.

Hanya calon – calon yang layak selepas tapisan dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil / dihubungi untuk ditemuduga.

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

Pegawai – pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing – masing dan disertakan dengan Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan terkini.

Untuk membuat permohonan, syarat dan tarikh tutup permohonan, sila klik pautan dibawah

>>>IKLAN PENUH PERMOHONAN<<<

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong YPJ 2024 2
Mohon perhatian, iklan Jawatan Kosong YPJ 2024 ini hanya valid atau sah pada tarikh yang dipaparkan. Oleh sebab itu, pemohon diminta untuk rujuk artikel ini dengan betul dan teliti tarikh post ini dibuat. Segala kerumitan, masalah dan salah faham yang timbul melibatkan tarikh iklan kekosongan jawatan ini adalah bukan tanggungjawab kami.

Maklumat Tambahan

Sekiranya anda sedang mencari pelbagai lagi kerja kosong yang terkini seperti 

anda boleh pergi ke portal kerja kosong Tcerdotmy kerana sudah ramai yang berjaya mendapat kerja melalui portal tersebut.

Diharapkan dengan iklan Jawatan Kosong YPJ 2024 yang terkini ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang sedang mencari info jawatan kosong yang terkini.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More