Sumber Rujukan Globalisasi Anda

JDT Tutup Mulut Rakyat Malaysia, Tamat Penantian 6 Tahun Piala FA

JDT Tutup Mulut Rakyat Malaysia : Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala FA buat kali kedua selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kemenangan JDT itu turut menyaksikan hasrat TFC untuk menamatkan penantian 11 tahun tidak kesampaian selepas kali terakhir skuad Penyu menjuarai Piala FA pada 2011.

Harimau Selatan yang juga juara 2016 lebih menguasai perlawanan dan bermula garang menerusi percubaan Arif Aiman Hanapi yang menggegar tiang gol pada minit ke-11.

TFC yang sesekali melancarkan s3rangan balas ke kubu JDT turut memiliki peluang terbaik untuk mel3dak gol pembukaan pada minit ke-25, namun percubaan Tchetche Kipre dinafikan penjaga gol, Farizal Marlias yang bertindak bijak menutup ruang lebih awal.

JDT Tutup Mulut Rakyat Malaysia

Stadium Nasional bergema dengan sorakan penyokong JDT pada minit ke-34 apabila Arif Aiman berjaya meletakkan Harimau Selatan di depan selepas menyudahkan umpanan Leandro Velazquez.

Skuad kendalian Bidoglio yang dilihat lebih efektif dalam membuat hantaran berbahaya berjaya mendapatkan sepakan penalti selepas Bergson Da Silva dijatuhkan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim pada minit ke-62 dan peluang itu disempurnakan sendiri olehnya bagi mengukuhkan kedudukan Harimau Selatan.

Selepas berhempas pulas untuk merobohkan benteng kebal JDT yang diketuai Shane Lowry, Kipre menghidupkan harapan untuk TFC selepas mel3dak gol pertama skuad Penyu pada minit ke-76.

Namun, kedudukan itu hanya bertahan dua minit apabila Bergson terus membuktikan ketajamannya dengan mel3dak gol ketiga JDT selepas berlaku keadaan kelab kabut di depan pintu gol TFC.

JDT Tutup Mulut Rakyat Malaysia, Tamat Penantian 6 Tahun Piala FA 1

Malah, jaringan itu juga seakan membunuh semangat sebahagian penyokong TFC yang dilihat mula meninggalkan tempat duduk penonton ketika masa sebenar perlawanan berbaki kira-kira 10 minit.

Walaupun cuba bangkit pada penghujung perlawanan, namun usaha keras barisan pemain TFC tidak berhasil dan keputusan 3-1 memihak JDT kekal hingga wisel penamat.

Tahniah buat JDT !!

sumber:- BH

JDT Tutup Mulut Rakyat Malaysia, Tamat Penantian 6 Tahun Piala FA 2

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More