Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jenis Ubat Yang Boleh Diambil Semasa Berpuasa

Bila sudah sebut mengenai batal puasa, ramai juga dalam kalangan kita yang mengambil sesetengah jenis ubat tertanya-tanya  ubat jenis apakah yang boleh membatalkan puasa dan ada juga jenis ubat yang tidak membatalkan puasa.

Jenis Ubat Yang Boleh Diambil Semasa Berpuasa 1 Jenis Ubat Yang Boleh Diambil Semasa Berpuasa 2

Isi Kandungan

JENIS UBAT YANG BOLEH BATALKAN DAN TIDAK BATALKAN PUASA

Mesti ramai dalam kalangan kita yang keliru sama ada ubat atau ‘treatment‘ kesihatan yang dilakukan boleh membatalkan puasa atau tidak. Berikut merupakan antara penjelasan dari doktor.

Jenis Ubat Yang Boleh Diambil Semasa Berpuasa 3

Ubat yang boleh BATAL puasa:

  • Ubat biji
  • Ubat minum
  • Pesari (Ubat masuk ke dalam vagina)
  • Ubat masuk bontot (iaitu supositori dan enema)

Ubat yang boleh TAK BATAL puasa:

  • Ubat letak bawah lidah (Jangan telan)
  • Ubat cucuk insulin
  • Ubat titis mata, telinga dan cuci telinga
  • Ubat sapu (krim dan losyen)
  • Ubat kumur (kumur sahaja)
  • Ubat sembur atau pancit hidung
  • Ubat bius setempat atau separuh
  • Ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma)

Prosedur yang TAK BATAL puasa

  • Haemodialisis atau peritoneal dialysis
  • Mengambil darah untuk pemeriksaan
  • Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing
  • Cucuk melalui kulit, ke dalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), ke dalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan dicucuk itu mempunyai zat
  • Menderma atau menerima darah
  • Menerima oksigen atau gas untuk bius
  • Menerima semua bahan yang diserap ke dalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.
  • Memasukkan ovules ke dalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum ke dalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan

Pemeriksaan untuk bersalin

  • Masukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan
  • Masukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan atau rawatan
  • Mencuci mulut, kumur, spray mulut dengan syarat tidak ditelan
  • Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device)
  • Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi) dengan syarat ia tidak ditelan
  • Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy)
  • Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (Anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari
  • Pembedahan yang memerlukan bius penuh (General Anaesthesia)

Cara Pengambilan Ubat Ketika Berpuasa

jenis

 

Sumber Dr.Samhan

Artikel lain: Poslaju Online (e-Connote/e-Konsainan)

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More