Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Poslaju Online (e-Connote/e-Konsainan)

Pos Laju adalah antara salah satu currier yang paling popular sampai sekarang. Mungkin ada yang baru tahu sekarang POSLAJU dah menggunakan sistem baharu dan sesetengah cawangan tidak lagi menerima slip pos tulis tangan tu.
Hanya perlu isikan maklumat, imbas QR kod dan print e-Nota Konsainan di mana-mana pejabat pos dan cawangan Pos Laju.
poslaju

Isi Kandungan

Kelebihan e-Connote / e-Konsainan

  • Harga ikut berat & destinasi. (tak perlu beratur untuk timbang untuk tanya harga terkini)
  • Maklumat terus masuk dalam sistem.
  • Jimat kertas.
  • Elak slip consigment note tercicir dari parcel (e-connote guna teknologi thermal print sticker)

Kelemahan

  • Maksimum print 20 e-connote.

Cara Isi Borang Poslaju Online (e-Connote / e-Konsainan)

  1. Install apps POS MALAYSIA atau pergi ke laman web https://www.pos.com.my/
  2. Klik pada E-Consigment Note.
  3. Pilih lokasi Pejabat Pos yang boleh Print E-Connote.
  4. Isi alamat pengirim.
  5. Isi alamat penerima.
  6. Isi berat (kalau tak tahu boleh letak berat anggaran) & deskripsi ringkas berkenaan parcel serta nilai item dalam parcel tersebut.
  7. Nanti akan tertera harga yang perlu dibayar untuk kita bayar di kaunter nanti.
  8. Akan keluar QR CODE kalau korang dah betul-betul depan kaunter bolehlah terus klik bar SCAN & PRINT
  9. Tapi kalau nak taip dulu di rumah kemudian baru pergi ke pejabat pos maka pilihlah SAVE TO MY PARCEL.
  10. Kalau dari rumah, buka apps & klik MY PARCEL.
  11. Di bahagian TO PRINT adalah untuk anda pilih E-Connote mana yang nak di print. klik icon printer di tepi tu.
  12. Nanti akan keluar QR CODE untuk scan pada device di Kaunter poslaju.
  13. Slip akan dicetak & ditampal pada parcel dan boleh buat bayaran sekali.
Tengok gambar di bawah untuk step-by-step bergambar.
Poslaju Online (e-Connote/e-Konsainan) 1

Maklumat Lanjut

Untuk info penuh, boleh layari laman web https://www.pos.com.my/ atau tonton video di sini:
https://www.facebook.com/watch/?v=2947869098827384 . Selain daripada menggunakan pos laju, anda juga boleh menggunakan J&T, boleh rujuk tatacara untuk menggunakan 6 Langkah Menggunakan Smart Order Courier JnT Express Untuk Kirim Barang Dengan Lebih Mudah  dan ikuti langkah-langkah yang disediakan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More