Sumber Rujukan Globalisasi Anda

JURURAWAT YANG “MEMBENARKAN” PESAKIT MENINGGAL

Memilih kerjaya sebagai seorang jururawat adalah antara yang mencabar dan banyak memberi tekanan namun ia perlu dilalui bagi memastikan amanah digalas dengan penuh dedikasi.

Jururawat adalah antara entiti terpenting dalam sektor kesihatan di negara ini memandangkan ia kerjaya yang kurang popular berbanding profesion lain tetapi mempunyai peranan yang sangat ditagih dan merupakan nadi utama kepada para doktor di hospital dalam urusan merawat pesakit.

Semenjak tularnya wabak covid-19, jururawat dan doktor memainkan peranan yang sangat penting membantu negara dalam menangani wabak ini dan merawat pesakit.

Bagaimanapun ada ketikanya, pihak perubatan sedar usaha mereka terhad setakat itu sahaja apabila pesakit mula perlu bergantung kepada bantuan mesin sepenuhnya.
Arahan untuk menghentikan sokongan mesin ke atas pesakit akan dilakukan dan individu yang bertanggungjawab menamatkan satu-satunya talian nyawa pesakit – adalah kumpulan jururawat. Itulah yang dihadapi Juanita Nila, seorang jururawat berpengalaman
bertugas di Unit Rawatan Rapi London Royal Free Hospital. Dia adalah beberapa individu yang menanggung beban bertanggungjawab menutup mesin yang terus membolehkan pesakit hidup dan pengalaman itu, meninggalkan kesan yang sangat mendalam pada dirinya.

Apabila pesakït C0vid-19 bergantung kepada bantuan mesin ventilator untuk bernafas, ini menandakan jangkïtan vïrus sudah mula menyerang paru-paru pada tahap yang kritïkal.

Ventilator digunakan untuk mengganti sementara fungsi paru-paru, iaitu membantu pesakït bernafas agar tubuh pesakït sekurangnya dapat mencuba melawan jangkïtan. Malangnya bukan semua kes berhasil sedemikian rupa.

Ada kes sukar di mana pegawai perubatan perlu mengeluarkan arahan agar sokongan mesin dihentikan, kerana tahu peluang pesakit untuk hidup tanpa bantuan mesin amat tipis. Faktor umur, rekod kesihatan lampau, reaksi tubuh mereka kepada jangkitan dan peratusan untuk sembuh diambil kira dengan teliti.

Walaupun tugas membuat keputusan itu jatuh ke bahu doktor, pelaksanaan arahan itu perlu dibuat jururawat seperti Juanita.

Pengalaman Juanita mengendalikan kes seorang jururawat veteran yang berusia 50-an pada awal bulan April lalu meninggalkan kesan  yang dalam, berbanding kes lain yang pernah ditempuhinya.

Selepas arahan dikeluarkan untuk menamatkan sokongan mesin, Juanita perlu menghubungi pihak keluarga bagi mengumumkan keputusan yang dibuat.

Reaksi pihak keluarga dalam kes itu amat sukar untuk didengari, walau sekuat mana pun dia cuba meyakinkan keluarga pesakit , “ibu mereka nampak selesa dan tidak berada dalam kesakitan”. Ketika panggilan itulah juga, Juanita akan merekodkan permintaan dan pesanan waris pesakit sekiranya ada.

Dalam kes pesakit wanita itu, waris meminta agar Juanita membenarkan waris bercakap dengan ibu mereka buat kali terakhir menggunakan telefon diletakkan di tepi telinga sepanjang tempoh kematian akan berlaku. Waris juga meminta Juanita memainkan muzik yang digemari pesakit sekurang-kurangnya bagi menggembirakan hati ibu mereka buat kali terakhir.

Apa saja permintaan asalkan dalam kudrat jururawat akan dilaksanakan. Apabila semua sudah dimaklumkan, Juanita akan menarik langsir bagi melindungi pesakit daripada pandangan 7 lagi pesakit di sekeliling mereka.

Dia mematïkan sistem penggera mesin dan mesin sokongan hidup itu pun dimatikan. Lima minit kemudian, pesakit jururawat veteran itu meninggal dunia.

Sepanjang lima minit itu, anaknya yang masih cuba bercakap dengan ibunya tidak menyedari apa yang telah terjadi.

Akhirnya Juanita terpaksa memaklumkan apa yang telah berlaku.

United Kingdom menjadi antara negara dalam Eropah yang terjejas teruk akibat C0vid-19. Kadar kemasukan pesakït tak pernah sunyi di kebanyakan hospital, sehinggakan bilangan jururawat yang ada tidak mencukupi.

Bagi jururawat seperti Juanita yang bertugas khusus di ICU, nisbah jururawat dengan pesakit kebiasaannya ditetapkan pada kadar 1:1.

Dalam keadaan wabak masih melanda beliau terpaksa menjaga sehingga 3 pesakit serentak satu-satu masa. Ketika keadaan lebih ekstrïm, seorang jururawat bakal ditugaskan mengawasi 6 orang pesakït tahap kritikal setiap masa.

Apa yang membimbangkan dalam menjalankan tugasnya, jururawat seperti Juanita merupakan kumpulan paling berisiko dijangkiti dan itulah yang terjadi pada seorang rakan sejawat beliau. Rakannya mula menampakkan simptom-simptom jangkitan sehingga terpaksa menjalani isolasi sendiri.

Tempat rakannya diambil alih seorang jururawat bïdan terjun dari unit lain yang terpaksa dilatih segera, bagi mengharungi dugaan paling mencabar di Unit Rawatan Rapi.

Beratkan tugas jururawat sebenarnya?

Kita tak tahu seandainya langkah dasar sama dijalankan di negara kita ke atas pesakït C0vid-19, di mana pesakit dibenarkan untuk meninggal dunia tanpa sokongan mesin. Anda sendiri pikirkan adakah anda sanggup galas tangungjawab sebesar ini?

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More