Bahan Pendidikan Untuk Semua

TIPS JANTUNG SIHAT

Jantung merupakan organ penting bagi manusia.  Ia berfungsi untuk mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan.  Jantung merupakan salah satu organ yang sangat penting dan perlu dijaga dengan baik.

Penyakit jantung boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira jantina mahupun umur.

Oleh itu anda perlu lebih mementingkan penjagaan kesihatan jantung, agar anda akan hidup lebih sihat dan lebih panjang usia.

 

5 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN JANTUNG

 

1.     Kekalkan Berat Badan yang Sihat

Berat badan yang sihat ialah indeks jisim tubuh (IJT) di antara 18.5 dan 24.9.  Anda disarankan untuk mengurangkan berat badan jika IJT anda melebihi tahap 25 kerana ia dapat membantu mengurangkan tahap gula darah dan tekanan darah anda.

 

2.      Kekalkan Tahap Kolestrol, Tekanan Darah dan Gula Darah dalam Lingkungan Normal

Lakukan pemeriksaan tahunan yang lengkap bagi memantau tahap kolesterol, tekanan darah dan gula dalam darah bagi mengekalkan kesihatan jantung yang baik.  Amalkan diet yang seimbang dan teruskan gaya hidup yang aktif dan sihat.

 

3.      Amalkan Diet yang Baik untuk Jantung

Pilih makanan yang rendah dengan lemak tepu dan kolesterol.  Pilih bahagian daging yang kurang berlemak, dan kurangkan makanan bergoreng.  Makan ikan setiap hari dan pilih ikan laut dalaman (cth. Ikan Salmon atau Sardin) 2 kali seminggu.  Makan buah-buahan dan sayuran kerana mereka merupakan sumber serat, vitamin-vitamin dan mineral, serta fitokimia yang baik untuk jantung anda.  Di samping itu, digalakkan untuk mengurangkan pengambilan garam dan gula.

 

4.      Kekal Aktif Secara Fizikal

Tabiat bersenam membantu mengekalkan tahap tekanan darah, gula dalam darah dan kolesterol darah dalam lingkungan yang sihat. Pilihlah aktiviti yang anda suka, dan tingkatkan kekerapan anda mengikut masa.

 

5.      Pengurusan Stress

Stres yang berlebihan mungkin merupakan punca tekanan darah meningkat dan meningkatkan bebanan terhadap jantung kita.  Anda digalakkan untuk melakukan aktiviti seperti yoga dan meditasi kerana ia dapat membantu menenangkan diri dan mengurangkan stres.

 

10 Makanan yang Baik untuk Jantung Sihat

 

Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah makanan terbaik untuk jantung.  Berikut adalah antara makanan yang kaya dengan Omega 3 :-

 

1. Makanan Beroat

Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium.  Selain itu, ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.

 

2. Salmon

Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah.  Makanlah dua keping salmon seminggu.  Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.  Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat.

 

3. Avocado

Menambah lemak sihat ke dalam diet anda.  Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.

 

4. Minyak zaitun

Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.  Ia adalah pengganti baik bagi mentega.

 

5. Kekacang

Kacang-kacang seperti walnut dan badam.

 

6. Berries

Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.  Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.

 

7. Kacang peas

Pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.

 

8. Bayam

Bayam kaya dengan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.

 

9. Biji rami (linseed)

Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.  Dicadangkan pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.

 

10. Kacang Soya

Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol kerana rendah lemak.

 

Semoga dengan tips dan info makanan yang bagus untuk jantung ini dapat memberikan panduan berguna bagi menjaga kesihatan jantung anda.

 

sumber : ANLENE & HKP

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More