Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kelantan FC Teruk Dikecam Terlepas Piala Liga, Ini Balas Zamsaham

Setelah kecundang kepada Selangor FC II semalam dengan jaringan 2-1, harapan untuk pasukan Kelantan merangkul Piala Liga Perdana kini terkubur. Walaupun mendominasi saingan liga dari awal, tapi TRW terpaksa akur dengan kekurangan yang mereka hadapi pada hujung saingan liga.

Kelantan FC

Ramai pemain injured dan tidak dapat bermain adalah halangan utama pasukan Kelantan FC untuk mengekalkan konsistensi permainan. Selepas teruk dikecam, Zam Saham terus memuat naik satu status untuk menjawab kritikan para penyokong.

Kelantan FC

“Boss Zam kita target juara tahun ini? Saya hanya sasarkan Kelantan FC masuk Liga Super tahun 2024.Nampak gaya tahun 2023, kita berjaya masuk Liga Super secara merit setahun lebih awal dari jangkaan.Bonus jika juara.”

“Dengan budget kecil,saya bersyukur team ni tak jatuh ke M3 sebagaimana haters yg mendoakan kegagalan. Kepada glory hunter, sabarlah InshaAllah kita akan jadi Juara.”

zam saham

“Berikan saya masa, buat kerja bukan duduk diam.Saya baru 2 tahun, bukannya 10 tahun.😅
Apapun, jika kita puas yg sikit, nescaya Allah akan tambahkan lagi kejayaan TRW Kelantan FC di masa depan.”

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More