Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kementerian Pengangkutan Bantu Penghantar Makanan

Kementerian Pengangkutan meneliti agensi sedia ada yang patut mengawal selia perkhidmatan penghantaran makanan p-hailing, negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata langkah itu dilakukan bagi membela nasib kira-kira 100,000 penghantar makanan p-hailing, supaya mereka tidak ditindas dan dianiaya.

“Kerajaan kini sedang melihat cara-cara bagaimana kita nak buat peraturan untuk melindungi hak dan nasib penunggang penghantar makanan p-hailing.

“Perbincangan di antara agensi serta kementerian sedang diadakan bagi membincangkan apa peraturan dan siapa agensi atau badan kawal selia yang seharusnya bertanggungjawab terhadap mereka.

“Kita memang faham golongan ini bertungkus lumus menghantar makanan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan tahun lalu, dengan kementerian menjangka terdapat kira-kira 100,000 penunggang penghantar makanan p-hailing di negara ini.

“Bagi saya, perlu ada dasar khas untuk p-hailing seperti e-hailing. Sudah sampai masanya, kita buat satu peraturan dan menetapkan siapa regulator, bagi membuat kawal selia dalam bidang ini,” katanya di sini, hari ini.

Apa Kata Menteri Mengenai Isu Ini?

Terdahulu, Ka Siong yang juga Pengerusi MCA Johor dan Presiden MCA, mempengerusikan mesyuarat MCA Johor.

Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia dilaporkan menggesa syarikat penyedia perkhidmatan untuk lebih bertimbang rasa dan tidak menekan penunggang mereka untuk mencapai kualiti ditetapkan syarikat sehingga soal keselamatan terabai.

Timbalan Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia, Abdul Hakim Abdul Rani, dilaporkan berkata campur tangan kerajaan diperlukan bagi memahami situasi dan menyelesaikan masalah sebenar dihadapi penunggang p-hailing terutama berkaitan sistem bekerja, prosedur operasi standard (SOP) syarikat dan kadar upah yang diberikan.

“Banyak isu berbangkit sebenarnya kerana tiada undang-undang jelas bagi melindungi hak penunggang p-hailing. Contoh kadar upah bayaran yang semakin lama semakin teruk, isu peta (mapping), iaitu jarak dalam aplikasi tidak sama dengan jarak dalam Google Map atau Waze yang membuatkan penunggang tanggung kerugian.

“Begitu juga dengan SOP syarikat yang mahu penghantaran diselesaikan dalam sekian masa. Kalau gagal atau rating rendah diberikan pelanggan, ini akan menjejaskan penilaian kadar gaji upah penunggang p-hailing.

kementerian

“Jadi isu-isu seperti ini membuatkan penunggang terbeban, sedangkan syarikat hanya fikirkan rating dan keuntungan tapi soal keselamatan penunggang seperti melepas batuk di tangga,” katanya.

Sumber Berita Harian

Artikel lain: 36,000 Warga Emas dan OKU Dijadualkan Terima Vaksin Fasa Kedua

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More