Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Kepentingan Katalog Produk Dalam Bisnes

Pernahkah anda menggunakan KATALOG untuk mencari produk kegemaran anda? Jangan pandang sebelah mata dengan kuasa pemasaran katalog. Walaupun penggunaan katalog sudah lama wujud, tetapi ramai di antara peniaga hari ini memandang rendah terhadap kuasa pemasaran katalog.

Ramai yang fikir, katalog yang mereka berikan kepada pelanggan kebiasaannya akan dibuang dan ini hanya membazir tetapi, jika katalog anda cantik, tersusun dan banyak maklumat, mungkin mereka tak akan buang.

Isi Kandungan

5 Perkara Kenapa Katalog Penting Sebagai Alat Pemasaran:

produk

KEPERCAYAAN PELANGGAN

Katalog mewakili jenama barangan anda. Reka bentuk katalog mestilah mempunyai tarikan yang ‘WOW’. Jangan gunakan saiz tulisan yang terlalu kecil kerana pelanggan lebih tertarik dengan paparan imej. Saiz tulisan yang terlalu besar pula akan merugikan ruang katalog yang ada. Ini akan membuatkan paparan imej menjadi lebih terhad. Dari segi kandungan, pelanggan akan lebih yakin dengan katalog yang boleh memuatkan informasi maklumat yang lengkap. Katalog yang tidak lengkap akan membuatkan produk perniagaan anda kelihatan murah dan tidak professional.

GUNAKAN TESTIMONI ORANG YANG POPULAR

Sediakan satu ruangan khas untuk memaparkan sekurang-kurangnya tiga maklum balas pengguna yang telah menggunakan produk anda. Maklum balas yang digunakan akan membantu menaikan rating produk anda dalam kalangan pelanggan baru. Tidak salah untuk menggunakan pengaruh selebriti atau ahli politik bagi dijadikan testimoni produk anda malah individu yang mempunyai pengaruh seperti bloggers juga boleh dijadikan testimoni produk anda.

PROMOSI BONUS & DISKAUN

Gunakan sebaik mungkin ruangan katalog yang ada dengan mempromosikan bonus dan diskaun istimewa bagi meraikan sesebuah keraian. Anda tidak akan rugi dengan cara ini kerana sudah menjadi lumrah, pelanggan pasti akan tertarik dengan istilah DISKAUN, BONUS, PROMOSI HEBAT dan lain -lain lagi yang pastinya akan membuatkan jualan produk anda meningkat dengan mendadak.

produk

ORDER FORM DAN MAKLUMAT UNTUK DIHUBUNGI

Jika anda meletakkan borang tempahan atau Order di dalam katalog anda, ia akan membuatkan aktiviti perniagaan anda beroperasi dengan aktif. Ia juga memberi manfaat kepada pelanggan yang berada jauh dari lokasi perniagaan anda yang mahukan khidmat produk anda. Penggunaan borang ini sedikit sebanyak melancarkan urusan dokumentasi jualan anda. Letakkan juga informasi yang cukup bagaimana prospek boleh menghubungi anda.

GANJARAN ISTIMEWA

Cara ini jauh berbeza dengan kaedah promosi bonus dan diskaun. Cara ini adalah untuk pelanggan anda yang melakukan tindakan pembelian dengan serta-merta. Anda boleh berikan ganjaran istimewa seperti potongan 80% bagi 100 pembeli terawal yang ingin mendapatkan produk anda. Bayangkan, pelanggan pasti akan berpusu-pusu untuk merebut tawaran istimewa yang anda lakukan.

Penutup

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Kepentingan Katalog Produk ini akan memberi sedikit info untuk tatapan anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info berkaitan kesihatan dan info-info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Artikel lain: 10 Tips Baru Nak Mula Bisnes

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More