Sumber Rujukan Globalisasi Anda

7 Khasiat Yogurt, Kuatkan Sistem Imun

7 Khasiat Yogurt

Kita semua tahu tentang khasiat yogurt memang baik untuk kita. Tetapi apakah sebenarnya kebaikan yogurt?

1. PADAT DENGAN NUTRIEN

Antara khasiat yogurt yang utama adalah mengandungi nutrien-nutrien penting dan berkalori rendah . Ia merupakan sumber protein, kalsium, dan vitamin B yang membantu memenuhi keperluan pemakanan harian anda.

2. BAIK UNTUK TULANG ANDA

Yogurt merupakan sumber kalsium yang baik, yang membantu membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Satu kajian menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak mengambil kalsium  yang mencukupi, yang mungkin mengakibatkan risiko untuk mengalami tulang yang lemah. Oleh itu, ambillah yogurt sebagai satu cara bijak untuk membantu memenuhi keperluan kalsium harian anda.

3. IA ADALAH BAIK UNTUK PERUT

Tidak benar sama sekali jika anda mempunyai ketidakhadaman laktosa, bermakna anda tidak boleh menikmati tenusu. Sebenarnya anda masih boleh menikmati yogurt! Laktosa yang didapati secara semula jadi dalam tenusu telah dihadamkan oleh bakteria baik yang terdapat di dalam yogurt, menjadikannya sesuai untuk golongan tersebut.

4. SNEK SIHAT BAGI MEREKA YANG INGIN MENJAGA BERAT BADAN

Tahukah anda, antara khasiat yogurt yang lain ialah mengandungi kalori yang lebih rendah berbanding makanan yang tinggi dengan lemak atau gula, seperti kek coklat? Satu kajian menunjukkan bahawa orang yang makan snek berprotein tinggi seperti yogurt mempunyai kawalan selera yang lebih baik dan berasa kenyang lebih lama, dan mengambil makanan berkalori rendah dalam hidangan seterusnya. Ini membuktikan bahawa yogurt merupakan snek yang sesuai sekiranya anda ingin menjaga berat badan anda.

khasiat yogurt
Sumber: Anlene

5. KEBAIKAN PROTEIN TENUSU

Khasiat yogurt juga boleh membekalkan protein yang berkualiti tinggi. Ia penting untuk menyokong, membina dan membaiki tisu-tisu badan seperti otot.

6. SERBA BOLEH

Yogurt bukan hanya boleh dimakan begitu sahaja, malah ia juga boleh digunakan dalam resepi masakan anda. Contohnya seperti ditambah ke dalam masakan kari atau sebagai salah satu bahan ketika membuat salad kesukaan anda.

BAGAIMANA UNTUK MEMILIH YOGURT YANG SESUAI BAGI MEMBANTU MEMENUHI KEPERLUAN PEMAKANAN ANDA?

  • Pilih yogurt yang membekalkan kalsium bagi membantu memenuhi keperluan harian anda.
  • Pilih protein – pilih yogurt yang merupakan sumber protein yang baik.
  • Semak kuantiti lemak – jika anda risau tentang pengambilan lemak harian, pilih yogurt yang rendah lemak atau yogurt yang dibuat daripada susu tanpa lemak.
  • Manfaat tambahan – pilih yogurt yang ditambah dengan vitamin D dan kolagen. Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium manakala kolagen mempunyai banyak manfaat.

Tubuh badan kita memerlukan bakteria sihat untuk kesihatan sistem penghadaman. Ramai ibu bapa sudah mula mengamalkan minuman yogurt bersama anak-anak. Amal baik seperti ini perlu dididik sejak kecil supaya anak terbiasa dan terus amalkan.

Minuman yogurt kini dah menjadi antara senarai makanan yang sihat. Anda juga pasti tertanya-tanya. Apakah khasiat minuman yogurt sehingga ia mampu memberi manfaat kepada kesihatan kita?

Minuman yogurt mengandungi probiotik yang sangat diperlukan dalam tubuh badan kita. Sebagai contoh, Bifidobacterium merupakan probiotik terawal dalam badan kita. Mungkin anda belum tahu, tetapi bakteria ini telah melindungi kita sejak kecil lagi.

Kandungan di dalam minuman yogurt sebenarnya meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap mana-mana penyakit. Terutamanya, ketika musim influenza. Jika anda mengalami demam, batuk atau selesema, cuba minum minuman yogurt untuk bantu kekebalan tubuh anda.

Minuman yogurt juga mengandungi bahan yang diperlukan dalam perkembangan tulang, seperti protein, kalsium, vitamin D, fosforus, dan magnesium. Minuman yogurt juga membantu membina sel-sel tulang yang sihat.

Selain khasiat yogurt seperti diatas, minuman yogurt juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang boleh membantu pertumbuhan si kecil anda. Ia juga mengandungi mineral, seperti kalsium, fosforus, kalium, magnesium, zink, natrium, dan mineral lain.

Menarik untuk anda baca: Bahaya Kafein Jika Terlebih

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More