Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Terlebih Kafein, Boleh Undang Padah!

Apa itu kafein?

Kafein adalah bahan kimia perangsang yang terdapat dalam pelbagai jenis makanan, minuman dan produk hasilan yang sering dijual di pasaran. Ia merupakan bahan yang sering menjadi pilihan pengguna tatkala ingin membebaskan diri daripada rasa mengantuk atau jika ingin mencapai objektif tertentu seperti pengurangan berat badan dan tenaga tambahan sebelum bersenam.

Secara teknikalnya, ia merupakan sejenis dadah. Ia terkandung di dalam minuman seperti teh, kopi, air coklat dan air berkarbonat. Ada juga kafein yang dijual dalam bentuk pil dan kebiasaannya ia diambil sebagai suplemen atau dimakan sebelum seseorang individu itu melakukan aktiviti lasak.

kafein

Pengambilan bahan berkafein boleh menyebabkan peningkatan kadar proses fisiologikal badan. Seseorang individu itu akan menjadi lebih peka, jantung berdegup lebih kencang atau mempunyai lebih banyak tenaga untuk melakukan sesuatu. Walaupun ia seperti membantu seseorang untuk menjadi lebih produktif, pengambilannya secara berlebihan boleh menyebabkan kesan negatif terhadap tahap kesihatan seseorang.

Bagi penggemar kopi, minum secawan kopi setiap pagi antara amalan yang tidak boleh ditinggalkan kerana dikatakan dapat menjadikan hari mereka lebih produktif.

Namun begitu, bagi mereka yang tidak menggemari kopi, minuman teh atau milo jadi pilhan di samping pelbagai jenis minuman lain.

Dalam kalangan masyarakat Eropah misalnya, ada yang memilih untuk minum tiga cawan kopi sehari bermula dengan espresso pada awal pagi diikuti latte ketika tengah hari dan cappuccino pada waktu petang.

Turutan itu dilakukan kerana setiap jenis kopi mempunyai tahap kafein berbeza, selain bergantung juga pada saiz cawan yang digunakan.

Secawan kopi biasa mengandungi 95mg kafein, malah ada yang mencecah sehingga 500gm kafein tertakluk pada jenis kopi yang digunakan.

Jumlah berkenaan merujuk pada secawan kopi biasa yang mungkin hanya menggunakan satu sudu kecil kopi sahaja, tetapi apa berlaku jika dua cawan sudu besar kopi digunakan untuk secawan dalgona kopi?

Terlebih Kafein, Boleh Undang Padah! 1

Ketika ini, kopi dalgona sedang tular dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan tidak dinafikan kopi itu sangat mengujakan dengan kopi likat dituang di atas susu segar.

Lazimnya kopi likat itu adalah campuran dua sudu besar atau lebih serbuk kopi , dua sudu besar gula dan sedikit air yang kemudian dipukul sehingga menjadi likat dan pekat berserta aromanya yang mencuri selera.

Setiap individu tidak boleh mengambil kopi lebih daripada 400gm sehari kerana jika terlebih pengambilan, ia akan menyebabkan kecelaruan terhadap tahap kesihatan.

Pengambilan kopi secara berlebihan juga boleh memberi kesan kepada pengguna, antaranya cirit-birit, sakit kepala, insomnia, tekak kering dan sukar mengawal tahap kemarahan diri.

Tentunya kita tidak mahu perkara ini berlaku kepada diri sendiri, namun tahap usia individu juga mempengaruhi kesan akibat pengambilan kafein (di dalam kopi) yang berlebihan.

Bukan tidak boleh menikmati kopi tular atau kopi biasa yang digemari sejak dahulu, namun sebagai langkah menjaga kesihatan, ada baiknya kurangkan jumlah pengambilan kopi dalam jadual pemakan harian.

Lebihkan minum air kosong kerana air kosong langsung tidak mempunyai kolesterol apatah lagi lemak atau kafein! Jaga kesihatan, sayangi diri!

Menarik untuk anda baca: 7 Kelebihan Yogurt

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More