Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Koleksi Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid Sekolah

Minit mesyuarat merupakan satu laporan mengenai perkara atau hal yang dibincangkan dan diputuskan dalam sesuatu mesyuarat.

Minit disediakan oleh setiausaha mesyuarat atau urus setia mesyuarat. Dokumen ini sangat penting kerana ia merupakan sumber rujukan masa hadapan terhadap sesuatu hal. Ia juga merupakan bukti yang kuat kepada sesuatu perkara itu ada dibincangkan. Contohnya, sekolah anda didatangi Pegawai JPN bahagian MBMMBI, ia bertanyakan ada tidak program-program yang dijalankan di sekolah anda. Apakah bukti yang anda perlu tunjuk? Ya sudah pastilah Minit Mesyuarat menjadi bukti paling kuat.

Format minit lazimnya, disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur supaya ia mudah difahami walau pun bagi yang tidak dapat hadir ke mesyuarat berkenaan. Format minit mesyuarat mesti mempunyai lapan komponen yang penting.

Untuk lihat format minit mesyuarat lihat di sini.

 

Dapatkan “Koleksi Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid Sekolah” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA

Semoga bermanfaat buat semua.

Apa itu Hal Ehwal Murid (HEM)

Hal Ehwal Murid bertujuan untuk membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksima dan menyuburkan potensi kepimpinan.

Pengurusan Hal-Ehwal Murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Sekiranya tidak dikendalikan dengan baik ia akan mencacatkan dan menjejaskan perjalanan dan prestasi sekolah itu sendiri. Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi di kalangan murid dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pengurus atau pemimpin sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pengurus/pemimpin sekolah mesti
berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan.

Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam FPN bukanlah satu yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik. Untuk mencapai
hasrat ini, jawatan khas Guru Penolong Kanan (HEM) telah diwujudkan di sekolah bagi membantu pihak pentadbir (guru besar/pengetua) dalam memainkan peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara, penyelaras, pengawal, penawar,
dan kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasannya khususnya murid.

KONSEP PENGURUSAN HEM

Berlandaskan konsep asas pengurusan, pengurusan HEM merupakan satu proses pengendalian resos-resos sama ada manusia atau fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan objektif pada tahap yang memuaskan. Dalam waktu yang sama ianya dapat memberikan rasa kepuasan, semangat kerjasama dan disiplin yang tinggi di kalangan
ahli-ahli yang terlibat.

Dengan bahasa yang mudah pengurusan HEM adalah proses-proses yang berhubungkait dengan :

  • Perancangan kerja atau program bagi murid/pelajar
  • Pengelolaan murid/pelajar dan program secara berkesan
  •  Pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan
    organisasi
  •  Penyeliaan dan penyelarasan aktiviti-aktiviti
  • Pengawalan dan penilaian prestasi murid/pelajar dan program
  •  Penyediaan anggaran belanjawan yang munasabah

BIDANG PENGURUSAN HEM

Bidang-bidang Pengurusan HEM Di Sekolah merangkumi bidang-bidang berikut:

  • Disiplin
  • Bimbingan dan kaunseling
  • Pentadbiran
  • Kesihatan
  • Buku teks
  • Biasiswa dan bantuan
  • Kokurikulum
  • Asrama
  • Kantin
  • RAMP (Rancangan Amalan Makanan Pemakanan)
  • Program susu
  • Perlindungan murid/keselamatan
  • Koperasi sekolah

FUNGSI-FUNGSI PENGURUSAN HEM

Fungsi-fungsi pengurusan HEM di sekolah pula dapat dilihat seperti berikut:

  1. Mengenalpasti potensi pelajar dan memupuknya hingga ke tahap cemerlang.
  2. Memberikan khidmat bantuan kepada pelajar yang bermasalah.
  3. Mengelolakan program latihan kepemimpinan dan organisasi pelajar.
  4. Mengendalikan program orientasi pelajar.
  5. Memberi galakan dan pedoman berdikari.
  6. Mendedahkan pelajar terhadap sumber-sumber pengetahuan masyarakat.
  7. Mengeratkan hubungan antara instituti pendidikan dengan masyarakat dan ibu bapa.
  8. Mengorientasikan pandangan ibu bapa supaya secocok dengan matlamat pendidikan negara.
  9. erancang dan melaksanakan program kendiri untuk mengenal kelemahan dan kekuatan diri.
  10. Mengatur dan mengelola aktiviti untuk mencapai kecemerlangan diri.

PENUTUP

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Koleksi Minit Mesyuarat Hal Ehwal Murid Sekolah ini membantu anda..

Anda juga mungkin berminat dengan :

Koleksi Minit Mesyuarat Kokurikulum Sekolah

Koleksi Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah

7 Hala Tuju Selepas SPM Bagi Pelajar Jurusan Sains

 

 

Comments are closed.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More