Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Koleksi Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah

Minit mesyuarat pengurusan ialah satu hal atau perkara yang telah dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat dan persetujuan telah dicapai berkaitan dengan pengurusan sekolah.

Ini bermakna catatan minit mesyuarat amat penting bagi membolehkan tindakan dapat dilaksanakan oleh pihak-pihak yang terlibat dengan berkesan. Minit mesyuarat menjadi panduan perlaksanaan yang terlibat. Tanpa penulisan minit mesyuarat yang baik dan sempurna perlaksanaan mesyuarat juga tidak akan sempurna,ini bermakna minit mesyuarat adalah satu perkara yang penting kerana ianya akan merakamkan segala maklumat yang diajukan dan dibincangkan didalam mesyuarat tersebut.

Terdapat kaedah dalam menguruskan minit mesyuarat,ia merangkumi pelbagai cara dalam menulis minit mesyuarat tersebut. Ada yang kelihatan kemas, rapi, jelas dan ringkas dan ada juga yang berjela-jela dan tidak mengikut peraturan dan format tertentu walaupun isi penting bagi sesuatu minit mesyuarat itu terdapat didalamnya. Bagi mewujudkan kesempurnaan dalam mesyuarat,minit mesyuarat perlulah lengkap dan teratur bagi memastikan segala maklumat tersebut diperolehi dengan lengkap.

Sesuatu minit mesyuarat perlulah mengandungi tajuk iaitu nama mesyuarat berkenaan , bilangan mesyuarat yang biasanya di tulis diatas sekali, tarikh mesyuarat iaitu bila mesyuarat tersebut akan diadakan, tempat mesyuarat iaitu dimanakah mesyuarat tersebut akan diadakan, senarai kehadiran iaitu bilangan ahli yang hadir dan jumlah tersebut perlulah dicatatkan, agenda mesyuarat, catatan mesyuarat dengan tindakan serta tandatangan penyelia mesyuarat.

Boleh lihat Minit Mesyuarat Berkualiti di sini.

Isi Kandungan

Dapatkan Koleksi Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila download secara PERCUMA.

Moga memberi manfaat.

 

Ciri Minit Mesyuarat Yang Berkualiti

1. Penulisan Hendaklah Ringkas, Tepat Dan Padat

Penulisan minit mesyuarat mestilah ringkas, tepat dan padat kerana laras bahasanya bersifat formal- pemerian yang menggunakan kata dan ungkapan bahasa rasmi.

  1. Contoh  :
  • Betul : Memandangkan bahawa….maka
  • Salah : kerana, oleh sebab, atau sebab

2. Contoh :

  • Betul : Berbangkit daripada…
  • Salah : Oleh itu…

3. Contoh :

  • Betul : Beliau berpendapat…..
  • Salah : Beliau berfikir

2. Ayat-ayat yang digunakan perlu menggambarkan keputusan anggota mesyuarat.

Semasa menulis minit mesyuarat, ayat-ayat yang digunakan perlu menggambarkan keputusan yang dibuat berdasarkan persetujuan anggota mesyuarat misalnya :

  1. Mesyuarat bersetuju menerima….
  2. Mesyuarat telah dimaklumkan bahawa

3. Gaya bahasa minit mesyuarat berbentuk ungkapan.

Gaya bahasa minit mesyuarat juga berbentuk ungkapan, iaitu kata-kata tertentu dijadikan ungkapan khusus seperti :

1. Ungkapan mengesahkan atau disahkan diikuti tanpa sebarang pindaan :

  • Jawatankuasa kecil Penganugerahan…telah mengesahkan minit mesyuarat yang telah diadakan pada… tanpa sebarang pindaan.

2. ungkapan mengesahkan atau disahkan diikuti dengan pindaan :

  • Lembaga pentadbir telah mengesahkan minit mesyuarat yang diadakan pada…dengan pindaan yang berikut :  i.  ………       ii.  ……….    iii.  ……….

3. Sekiranya ada pindaan, pembatalan dan penggantian, misalnya :

  • Batalkan ceraian…… yang berbunyi
  • Gantikan dengan……

4. Ungkapan yang sering digunakan untuk melaporkan perbincangan semasa mesyuarat           ialah :

  • Mengusulkan, membahaskan, dibahaskan, mencadangkan, membincangkan, dibincangkan, mengesyorkan, disyorkan

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Koleksi Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Tips Dan Panduan Membuat Minit Mesyuarat Yang Lengkap Bersama Contoh Template

Modul Pengurusan Aktiviti Kelab Dan Persatuan

Contoh Minit Mesyuarat Lengkap

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More