Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Koleksi 3 Minit Mesyuarat Kokurikulum Sekolah

Minit mesyuarat merupakan satu laporan mengenai perkara atau hal yang dibincangkan dan diputuskan dalam sesuatu mesyuarat.

Minit disediakan oleh setiausaha mesyuarat atau urus setia mesyuarat. Dokumen ini sangat penting kerana ia merupakan sumber rujukan masa hadapan terhadap sesuatu hal. Ia juga merupakan bukti yang kuat kepada sesuatu perkara itu ada dibincangkan. Contohnya, sekolah anda didatangi Pegawai JPN bahagian MBMMBI, ia bertanyakan ada tidak program-program yang dijalankan di sekolah anda. Apakah bukti yang anda perlu tunjuk? Ya sudah pastilah Minit Mesyuarat menjadi bukti paling kuat.

Format minit lazimnya, disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur supaya ia mudah difahami walau pun bagi yang tidak dapat hadir ke mesyuarat berkenaan. Format minit mesyuarat mesti mempunyai lapan komponen yang penting.

Untuk lihat format minit mesyuarat lihat di sini.

 

Isi Kandungan

Dapatkan “Koleksi Minit Mesyuarat Kokurikulum Sekolah” di sini

Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’. Sila DOwnload secara PERCUMA.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Apa itu Kokurikulum?

Kokurikulum adalah kurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum asas, kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yang diajarkan dalam bilik darjah tetapi yang dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah misalnya; kegiatan dalam persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan dan lain-lain.

FUNGSI-FUNGSI KOKURIKULUM

3.1 Pengukuhan dan Pengayaan

Pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran akademik dapat diperkukuhkan dan diamalkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini juga dapat memberi peluang kepada murid-murid memahami konsep latihan dalam bidang tertentu dengan menggunakan pengetahuan tersebut dalam konteks yang lebih bermakna dan realistik. Di samping itu, cara begini juga dapat memberi pengalaman yang mungkin tidak terdapat di dalam bilik darjah. Segala aktiviti kokurikulum hendaklah dirancang terlebih dahulu supaya selaras dan saling melengkapi dengan apa yang diajar di bilik darjah. Ini boleh membantu murid-murid meningkatkan lagi prestasi mereka dalam pelajaran.

3.2 Khidmat Masyarakat

Murid, guru dan kakitangan sekolah boleh memberi khidmat kepada masyarakat dan begitulah sebaliknya. Tujuannya adalah untuk memupuk hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat serta menyemai semangat berkhidmat, bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.

3.3 Hobi dan Rekreasi

Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, murid dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran, di samping dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah serta membina kesihatan fizikal dan mental. Aktiviti ini juga dapat memberi keseronokan kepada murid. Antara contoh aktiviti ialah membaca, bersukan, berternak, berkebun, menanam bunga, menghias/menggubah, menyanyi, bermain alat-alat muzik, menulis sajak/ cerpen/syair/rencana, melukis kartun, mengumpul setem/daun-daun kayu/ keratan akhbar, membuat model, mengukir dan memancing.

3.4 Kerjaya

Aktiviti kokurikulum dapat memberi asas kerjaya kepada murid. Ia juga dapat membantu dan melengkapi pengajaran dan pembelajaran serta dapat menimbulkan kesedaran dan penyediaan pemilihan kerjaya murid. Pengetahuan dan kemahiran ini sangat berguna apabila mereka memasuki dunia pekerjaan kelak. Aktiviti ini boleh dijalankan secara kumpulan atau individu dan tidak hanya terbatas kepada kemudahan dan peralatan atau kepakaran yang ada di sekolah itu sahaja. Sekolah yang mempunyai masalah ini boleh berusaha mendapatkannya daripada sekolah lain atau masyarakat setempat.

3.5 Perkembangan Diri Individu

Semua aktiviti kokurikulum dapat memberi peluang kepada murid melatih diri sendiri untuk kesihatan diri, berdisiplin, memupuk minat dan bakat serta membina semangat untuk menghayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan.

Penutup

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Koleksi Minit Mesyuarat Kokurikulum Sekolah ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Dokumen Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 Sekolah Rendah

Dokumen Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 Sekolah Menengah

PERSEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2021 (RPT 2021) – SEKOLAH RENDAH

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More