Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Wanita Langgar Mati 8 Remaja Berbasikal Diarah Bela Diri

Langgar mati 8 remaja berbasikal. Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, memerintahkan jurujual wanita yang memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017, membela diri atas tuduhan berkenaan.

Jika ada yang masih ingat, pada dua tahun lalu negara kita pernah kecoh dengan berita kematian membabitkan lapan remaja berbasikal yang dilanggar oleh seorang wanita muda. Setelah dua tahun berlalu, kes kemalangan langgar mati 8 remaja yang dilaporkan berlaku pada jam 3.20 pagi 18 Februari 2017 itu telah pun menemui jawapannya hari ini.

DIBEBASKAN OLEH MAHKAMAH MAJISTRET TAHUN LEPAS, KINI WANITA LANGGAR MATI 8 REMAJA DIARAH BELA DIRI

Langgar Mati 8 Remaja
Langgar Mati 8 Remaja

Terdahulu, Ke Ting yang berbaju serba hitam hadir tanpa ditemani ahli keluarga ke perkarangan mahkamah kira-kira jam 8 pagi tadi.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman manakala Ke Ting diwakili Muhammad Faizal Mokhtar.

Sementara itu, Muhammad Syafiq ketika ditemui selepas prosiding berkenaan berkata, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap perintah pelepasan dan pembebasan oleh Mahkamah Majistret pada 28 Oktober 2019.

“Tertuduh, Sam Ke Ting diarahkan untuk membela diri di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Dalam prosiding berasingan di Mahkamah Majistret, Ke Ting diarahkan untuk membela dirinya pada perbicaraan yang ditetapkan pada 9, 10 dan 11 Mei depan.

Majistret Zuhainie Zull Kafli, turut mengarahkan Ke Ting supaya dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin manakala lesen memandu dan pasport perlu diserahkan pada mahkamah.

Pada 28 Oktober dua tahun lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru, melepas dan membebaskan jurujual wanita berkenaan daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak berkenaan.

Wanita Langgar Mati 8 Remaja Berbasikal Diarah Bela Diri 1
Langgar Mati 8 Remaja

Majistret Siti Hajar Ali dilaporkan membuat keputusan itu terhadap Ke Ting, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan dihadapinya selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.

Sepanjang perbicaraan bermula Ogos 2017, 46 saksi pendakwaan dan 214 eksibit dikemukakan di mahkamah.

Pada 10 November tahun lalu, pihak pendakwaan dilaporkan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan jurujual wanita itu.

Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, ketika itu, Amir Nasruddin, dilaporkan berkata, notis rayuan difailkan pihaknya selepas mendapati dan percaya ada merit memfailkan notis terhadap beberapa isu.

Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Februari 2017.

Remaja yang maut adalah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14; dan Haizad Kasrin, 16.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda selain lesen memandu digantung, sekiranya disabit kesalahan.

Sumber : METRO

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More