Sumber Rujukan Globalisasi Anda

6 Langkah Lengkap Pengeluaran KWSP Secara Online Pada Bila-Bila Masa, Di Mana Jua

Langkah Lengkap Pengeluaran KWSP Secara Online boleh dibuat untuk memudahkan ahli KWSP membuat pengeluaran dengan lebih cepat dan menjimatkan masa.

KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.

Bagi yang ingin membina rumah di tanah sendiri, mereka boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2.

Antara syarat utamanya adalah:

  • Ahli hendaklah memiliki sekurang-kurangnya RM500 dalam Akaun 2; dan
  • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; atau
  • Telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah tetapi telah menjualnya atau melupuskan pemilikan.

Pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis kemudahan kepada rakyat Malaysia.

Antaranya termasuklah melalui kemudahan e-Pengeluaran KWSP yang membolehkan permohonan pengeluaran simpanan secara dalam talian (online).

Oleh itu, Langkah Lengkap Pengeluaran KWSP Secara Online telah dikongsikan dibawah.

Isi Kandungan

Langkah Lengkap Pengeluaran KWSP Secara Online

Pihak KWSP sebenarnya membenarkan ahlinya membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami / isteri), anak-anak dan / atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

KWSP juga membenarkan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan bagi membantu ahlinya membayar ansuran bulanan rumah sekurang-kurangnya enam bulan atau sehingga masalah kewangan ahli selesai.

Untuk yang ingin membeli rumah, mereka boleh membuat pengeluaran dari simpanan KWSP mereka.

Apa yang pasti, kategori rumah kediaman yang hendak dibeli itu perlulah merangkumi jenis:

  • Banglo; atau
  • Teres; atau
  • Berkembar; atau
  • Apartmen; atau
  • Kondominium; atau
  • Apartmen studio; atau
  • Apartmen servis; atau
  • Townhouse; atau
  • SOHO; atau
  • Rumah kedai.

Selain pengeluaran KWSP untuk membeli rumah, kepada para pencarum beragama Islam, mereka juga boleh membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi tujuan perbelanjaan bagi menunaikan ibadah haji.

Langkah Lengkap Pengeluaran KWSP Secara Online

Cara Membuat e-Pengeluaran KWSP

  • Bagi setiap ahli KWSP yang memiliki simpanan di Akaun 1 dan Akaun 2 serta hendak membuat pengeluaran atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas, ia boleh dibuat melalui secara dalam talian (online) di Sistem E-Pengeluaran KWSP di Portal Rasmi i-Akaun (Ahli).
  • Bagi mereka yang telah mendaftar di i-Akaun (Ahli) KWSP, tatacara memohon pengeluaran boleh dibuat seperti di bawah:
  1. Daftar / log masuk ke i-Akaun (Ahli) melalui laman web rasmi KWSP.
  2. Buat pengesahan identiti secara dalam talian pada e-Pengesahan Identiti (ID Pengguna, Kata Laluan, Imej Sekuriti, Frasa Rahsia).
  3. Klik pada menu e-Permohonan. Mengisi butiran permohonan dan menghantar pengesahan identiti dengan memasukkan TAC yang diterima melalui nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan KWSP.
  4. Permohonan diluluskan secara dalam talian sekiranya ahli memenuhi syarat e-Pengeluaran.
  5. Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpanan / Semasa ahli atau ke akaun bank Rakan Strategik KWSP.
  6. Ahli menerima notifikasi status e-Pengeluaran dalam inbox i-Akaun (Ahli).
  • Untuk panduan penggunaan e-Pengeluaran yang lebih teliti dan lengkap, sila rujuk pautan dibawah

>>>e-Pengeluaran KWSP<<<

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut dan lebih terperinci berkenaan Langkah Lengkap Pengeluaran KWSP Secara Online ini, sila rujuk di Portal Rasmi KWSP dan semoga info tentang Langkah Lengkap Pengeluaran KWSP Secara Online ini bermanfaat untuk anda yang ingin membuat pengeluaran KWSP dengan lebih cepat dan mudah.

Seterusnya, jika anda memerlukan info-info berkaitan yang terkini, anda juga boleh dapatkan info yang tepat dari kami DISINI.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More