Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Lim Teong Kim Semakin Hampir, Zamsaham Terpaksa

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman akhirnya mendengar permintaan dan luahan peminat Kelantan FC yang mahukan , Lim Teong Kim Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) menjadi pengemudi pasukan TRW pada tahun depan.

Norizam yang mesra dengan julukan Zamsaham mengesahkan, beliau tidak menolak untuk mendapatkan Teong Kim bagi mengukuhkan The Red Warriors (TRW) musim depan.

Begitupun Zamsaham menegaskan persetujuan itu hanya dapat termeterai jika kedua-dua pihak bersetuju dengan ‘pinangan’ dan ‘hantaran’ yang bakal diberikan.

Lim Teong Kim

“Ya (berminat dengan khidmat Teong Kim) jika semua terma dan syarat dipersetujui bersama. Ini semua membabitkan hal perniagaan jadi sudah tentu ada harganya.

Lim Teong Kim
Lim Teong Kim

“Saya pun sebenarnya sudah berbual dengan Teong Kim, seorang figura yang luar biasa, begitu juga dengan Datuk K. Rajagobal (bekas jurulatih kebangsaan) tetapi saya sebenarnya lebih suka untuk menggilap bintang daripada menerima bintang.

“Jadi berkemungkinan kalau mereka (Teong Kim atau Rajagobal) jadi pengarah teknikal, pengarah sukan ataupun memainkan peranan utama dalam pengurusan serta penasihat, mungkin saya boleh pertimbangkan.

“Bagi saya, tidak salah untuk mencuba sesuatu perkara yang baharu,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Tandatangan Pemilikan Saham TRW Kelantan FC di sebuah hotel di ibu negara, sebentar tadi.

Pada majlis terbabit, Kelantan FC mengumumkan Presiden Skyrian Bhd., Nik Hsfiz Naim Nik Hassan sebagai pemegang lima peratus saham syarikat membabitkan nilai RM3 juta.

Sumber Media

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More