Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Malaysia Mara Ke Final Piala Raja Thailand 2022

Malaysia berjaya mengenepikan tuan rumah Thailand untuk mara ke pentas akhir di Stadium Chiang Mai sebentar tadi. Malaysia yang mendahului melalui gol Corbin Ong pada separuh masa pertama. Gol yang terhasil daripada lecongan yang cukup baik oleh Safawi Rashid berjaya disempurnakan oleh Corbin dengan mudah. Meskipun Thailand menguasai perlawanan, namun pertahanan Malaysia yang diketuai oleh Dion Cools berjaya mematahkan serangan dari Thailand.

May be an image of 1 person and text that says "ERLAWANAN ETERUSNYA 48TH KING'S CUP 2022 THE 700TH ANNIVERSARY OF CHIANG MAI STADIUM, THAILAND AHAD, 25 SEPTEMBER 2022 TEMPAT K-3 &4 4 FINAL 22 THAILAND พท TRINIDAD TRINIDAD&TOBAGO & TOBAGO 6:30 PETANG MALAYSIA Iưon TAJIKISTAN 9:30 MALAM 金 fam.org.my rg.my f @FAMalaysiaOfficial WAKTU *WAKTUMALAYSIA MALAYSIA @FAMalaysia @FAM_Malaysia"

 

Aksi penjaga gol Malaysia, Syihan Azmi mendapat pujian ramai apabila banyak menepis percubaab lawan. Namun kekebalan pertahanan Malaysia yang dibawa oleh jurulatih Kim Pan Gon berjaya ditembusi oleh minit akhir perlawanan apabila Thailand berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 94.

Perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti dan menyaksikan Syihan menjadi wira negara pada kali ini kerana berjaya menepis sepakan ke 4 oleh Supachok Sarachat memaksa Thailand terpaksa menelan keperitan apabila perlu melihat negara lain menjulang Piala Raja Thailand 2022. Dan Corbin Ong sekali lagi menjadi hero malaya dengan menyempurnakan sepakan penalti yang terakhir.

Dengan kemenangan ini, Malaysia akan menentang Tajikistan pada perlawanan akhir nanti. Tahniah Harimau Malaya!!!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More