Sumber Rujukan Globalisasi Anda

OFFICIAL : Menteri Kesihatan Malaysia Baharu Terajui KKM, Jom Kenali Biodata Dr Zaliha Mustafa

Menteri Kesihatan Malaysia telah dilantik oleh kabinet tempoh hari. KEMENTERIAN Kesihatan merupakan antara kementerian yang turut menjadi tumpuan ramai dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan selain Kementerian Pendidikan yang diterajui oleh YB Fadhlina Sidek.

Ekoran dari pasca Covid-19 lalu, Kementerian Kesihatan dilihat lebih dekat dengan masyarakat terutama dalam memastikan kesihatan rakyat Malaysia secara menyeluruh selain rentetan dari beberapa keputusan kontroversi yang wajib dibuat ketika itu, seperti vaksin dan sebagainya.

Ramai tidak menjangkakan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Dr Zaliha Mustafa memegang portfolio Menteri Kesihatan Malaysia yang ke-23 tempoh hari.

OFFICIAL : Menteri Kesihatan Malaysia Baharu Terajui KKM, Jom Kenali Biodata Dr Zaliha Mustafa 1

Selain daripada biodata menteri kesihatan ni, anda juga boleh baca berkenaan dengan  Menteri Pendidikan Baharu Yang Mesti Rakyat Tahu,  beliau juga merupakan seorang yang sangat berkaliber dalam menyandang jawatan yang diberikan. Semoga perlantikan ini dalam memberi impak positif dalam menaiktarakan sistem kesihatan dan pendidikan terutamanya kepada negara kita.

Isi Kandungan

BIODATA MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

Justeru, mungkin ramai yang masih tidak mengenali wanita hebat ini. Jom kita berkenalan sedikit. Tcer kongsikan beberapa info penting yang rakyat perlu tahu.

BIODATA

  • Zaliha Mustafa
  • Umur 58 tahun
  • Dilahirkan pada 28 Jun 1964.
  • Telah mendirikan rumah tangga bersama Dr Ahmad Adzlan, seorang doktor. Mempunyai 4 orang anak iaitu Azam Tarmimi, Nurul Aliya, Ain Raihanah dan Afif Salman.

PENDIDIKAN

  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Sultan Ibrahim sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains MARA Kota Bharu.
  • Miliki Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1983-1989)

KERJAYA

  • Doktor Siswazah, HSAJB – 1989/90
  • Doktor Perubatan, Hospital Daerah Pekan – 1990
  • Doktor Perubatan, Hospital Taiping – 1991
  • Doktor Perubatan Swasta, Poliklinik Penawar – 1993
  • Doktor Perubatan Swasta, Klinik Murni – 1995
  • Setiausaha Politik Menteri, KPWKM, Putrajaya – 2018

PENGLIBATAN POLITIK

Berikut merupakan antara penglibatan dalam bidang politik. Ternyata beliau mempunyai banyak pengalaman dan sangat giat dalam menerusi aktiviti politik.

  • Ketua Wanita Johor Bahru, Parti Keadilan Nasional – 1999
  • Ketua Wanita Johor, Parti Keadilan Nasional – 2000
  • Ketua Wanita Johor, Parti Keadilan Rakyat – 2003
  • Pengerusi Johor, Parti Keadilan Rakyat – 2005
  • Naib Ketua Wanita, Parti Keadilan Rakyat – 2007
  • Ahli Majlis Pimpinan Pusat (Dipilih), Parti Keadilan Rakyat – 2018
  • Pengerusi Biro Strategi, Dasar & Latihan, Mpwp, Parti Keadilan Rakyat – 2020
  • Pengarah Strategi Negeri Johor, Parti Keadilan Rakyat – 2021
  • Pengerusi JK Pemilihan Pusat, Parti Keadilan Rakyat – 2022
  • Ahli Parlimen Sekijang – 2022

HARI PERTAMA BERTUGAS

Di hari pertama jejak kaki ke Kementerian Kesihatan Malaysia pada 5 Disember 2022, Dr Zaliha menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya berkata, beliau amat berbesar hati dengan pencapaian Kementerian Kesihatan Malaysia, pastinya daripada komitmen para pegawai serta kakitangan sokongan yang amat tinggi.

OFFICIAL : Menteri Kesihatan Malaysia Baharu Terajui KKM, Jom Kenali Biodata Dr Zaliha Mustafa 2

Jelasnya lagi, melihat ke depan, penyelesaian isu berbangkit serta penambahbaikan perkhidmatan sektor ini akan bersamanya depani bagi menyediakan perkhidmatan Kesihatan dan Perubatan yang terbaik untuk Negara.

Anda boleh ikuti perkembangan beliau menerusi laman Facebook Dr Zaliha untuk mengetahui isu semasa dan gerak kerja beliau. SELAMAT BERTUGAS DR! selaku Menteri Kesihatan Malaysia.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More