Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Menteri Pendidikan Baharu Yang Mesti Rakyat Tahu

Menteri Pendidikan Baharu telah diumumkan oleh kejaraan baru tempoh hari. Akhirnya, terjawab sudah teka-teki siapa yang bakal menerajui beberapa kementerian tumpuan termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sekalung TAHNIAH dan Selamat bertugas buat Yb Fadhlina Sidek atas perlantikan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang baharu. Sekaligus menjadi Menteri Pendidikan Wanita pertama negara kita. Hebat!

Mungkin ramai yang tidak berapa mengenali sosok tubuh wanita berjiwa besar ini dan mungkin ramai juga yang kurang yakin dengan kredibilitinya. Namun, ‘Tak kenal maka tak cinta’ orang cakap, betul tak? Jom kita berkenalan sikit dengan Menteri Pendidikan kita.

Menteri pendidikan 2022

BIODATA MENTERI PENDIDIKAN  BAHARU UNTUK MALAYSIA

Nama : Fadhlina Binti Sidek

Status : Berkahwin. Suami, Mohd Fadzli Arsad dan dikurniakan enam cahaya mata.

Profesion : Peguam Syarie dan memiliki firma guamana sendiri, Tetuan Fadhlina Siddiq & Associates.

Pendidikan : Pemegang Ijazah Sarjana Undang-Undang UKM dan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Politik : Ahli Parlimen Nibong Tebal serta Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Malaysia dan Majlis Pimpinan Keadilan Pulau Pinang.

Aktivis : Aktivis NGO yang lantang memperjuangkan isu wanita dan kanak-kanak termasuk undang-undang anti gangguan seksual. Perjuangan beliau  juga termasuk menaikkan had umur bagi perempuan Islam dari 16 tahun hingga 18 tahun.

Itulah serba sedikit biodata Menteri Pendidikan kita yang baharu, YB Fadhlina Sidek. Apa yang boleh meyakinkan kita sebagai rakyat, YB Fadhlina agak popular dalam kalangan tokoh pendidikan negara kerana ayahandanya bukan calang-calang.

Beliau merupakan anak kepada Tokoh Ilmuan Nusantara dan Dunia, yang merupakan juga Pengasas Angkatan belia Malysia (AIM), Almarhum Profesor Dato’ Dr. Siddiq Fadzil.

SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN

Perlantikan beliau sebagai Menteri Pendidikan Malaysia mendapat perhatian ramai maysarakat termasuk para guru yang selama ini dibelenggu isu pendidikan yang tidak berkesudahan. Semoga dengan perlantikan ini, YB Fadhlina Sidek mampu menggalas tanggungjawab dengan baik bagi memastikan segala kebobrokan sistem pendidikan dapat diatasi segera sekaligus menjamin kecemerlangan anak bangsa kita dunia dan akhirat.

Tahniah diucapkan! Untuk memahami lebih tentang beliau atau ingin mengikuti perkembangannya, boleh terus ke laman facebook rasmi Fadhlina Sidek Sidek. Diharapkan jugaSenarai Penuh Barisan Menteri Kerajaan Perpaduan dapat memberikan yang terbaik demi anak bangsa dan juga negara tercinta.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More