Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Modul Pengurusan Aktiviti Kelab Dan Persatuan 2021

Modul Pengurusan Aktiviti Kelab Dan Persatuan  ini disediakan bagi memberi kemudahan serta panduan kepada para guru untuk merancang dan melakukan aktiviti kokurikulum sekolah dengan lebih tersusun dan lancar.

Modul Pengurusan Aktiviti Kelab Dan Persatuan
Modul Pengurusan Aktiviti Kelab Dan Persatuan

Setiap Rabu kebiasaannya murid akan mengikut pelbagai aktiviti kokurikulum sama ada aktiviti unit beruniform, sukan permainan ataupun kelab persatuan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Isi Kandungan

Modul Pengurusan Aktiviti Kelab Dan Persatuan

Aktiviti  yang dilaksanakan di sekolah ini biasanya telah dirangka dan dirancang oleh pengurusan sesuatu badan kokurikulum pada awal tahun hasil daripada perbincangan di antara guru penasihat dan pentadbir sekolah dengan berlandaskan keupayaan sekolah dan murid.

Berikut merupakan matlamat penubuhan kelab dan persatuan iaitu untuk membentuk perancangan yang rapi berkaitan sistem pengurusan aktiviti persatuan dan kelab agar dapat mewujudkan masyarakat pelajar yang terlatih, cergas dan bersatu padu agar dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi dan pengekalan kecemerlangan murid dan sekolah.

Matlamat lain juga adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berketrampilan yang mampu mewakili sekolah dalam peringkat pertandingan- zon,negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Selain menawarkan saluran rekreasi yang sihat kepada semua pelajar serta meyediakan peluang dan ruang untuk pelajar bergerak secara aktif dalam ruang lingkup yang munasabah dan terkawal. Ini juga selari dengan matlamat pendidikan dalam melahirkan pemimpin dalam kalangan masyarakat pelajar untuk menjadi galang ganti kepimpinan pada masa hadapan.

Objektif kelab dan persatuan adalah untuk melatih para pelajar menjadi lebih aktif dan dinamik sesuai dengan arus pembangunan negara, memupuk semangat berkerjasama berpasukan dan perpaduan dalam kalangan pelajar, membolehkan para pelajar meyalurkan semangat cintakan sekolah dan tanahair melalui program-program terancang kokurikulum merentasi kurikulum dan memberi latihan kepada para pelajar melalui pendedahan yang pelbagai.

Modul Pengurusan Aktiviti Kelab Dan Persatuan 2021 1
Modul Pengurusan Aktiviti Kelab Dan Persatuan

Undang-undang atau peraturan  kokurikulum 

Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.”  Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai “Kegiatan Kumpulan”.  Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan  (Kokurikulum Kebangsaan) telah memberi takrif Ko-kurikulum iaitu :

Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:

  1. Penyertaan dalam sukan dan permainan
  2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab
  3. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
  4. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan

Melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah WAJIB. Kegagalan atau  Keengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum adalah suatu kesalahan yang jika disabitkan bersalah boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara atau pun kedua-duanya sekali di bawah penalti am.

Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550 ): Penalti Am.

 “(1) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah Akta 550 yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.”

 “(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.”

Perancangan Kegiatan Aktiviti Kokurikulum 
 
Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.” {Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}
Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif.
Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantu membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang.

Oleh yang demikian, kami ingin berkongsi bahan buat para guru dalam membantu menyediakan aktiviti Kokurikulum sekolah. Berikut merupakan Modul dan Buku Aktiviti untuk Kelab dan Persatuan KPM sebagai rujukan .Semoga ianya berguna kepada rakan guru. Guru hanya perlu klik sahaja link yang diberikan dibawah untuk muat turun bahan ini.

 SUBJEK

 LINK DOWNLOAD

Modul dan Buku Aktiviti untuk Kelab dan Persatuan KPM

Modul Pengurusan Aktiviti Kelab Dan Persatuan

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini berkaitan Modul Pengurusan Aktiviti Kelab Dan Persatuan memberi manfaat kepada anda semua. Untuk mendapatkan lebih banyak info semasa anda boleh layari website t.me/tcerdot.my. Terima Kasih

Jangan lupa share kepada kawan-kawan ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Menarik untuk dibaca: Permohonan ke Program Matrikulasi, PISMP, PCC kini dibuka mula 15 Mac

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More