Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Ke Program Matrikulasi, PISMP, PCC Dibuka Mulai 15 Mac

Permohonan ke Program Matrikulasi, PISMP, PPC akan membuka kemasukan bagi tahun 2021 bermula 15 Mac ini.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan satu kenyataan semalam bahawa permohonan untuk program terlibat akan dibuka dari 15 Mac sehingga 15 April 2021.

KPM memaklumkan bahawa pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang berminat untuk memasuki Program Matrikulasi, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) berkenaan boleh membuat permohonan tanpa melalui portal rasmi UPUOnline dengan memohon terus kepada pihak KPM.

Maklumat lanjut mengenai perkara ini boleh didapati di laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 8 Mac ini, di halaman utama bahagian kenyataan media. Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan mereka sebelum tarikh tutup iaitu 15 April 2021.

Para pelajar SPM 2020 yang berpotensi, mempunyai latar belakang akademik yang tinggi serta memenuhi syarat kelayakan amat digalakkan untuk memohon program-program terlibat.

Isi Kandungan

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI

Program Matrikulasi telah ditubuhkan sejak tahun 1998, ianya adalah satu program persediaan yang menghimpunkan para pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya seperti Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam negara dan luar negara. Program ini lebih memfokuskan ke arah bidang sains, teknologi dan sastera. Program ini adalah di bawah naungan sepenuhnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Bahagian Matrikulasi. Semua pelajar yang lulus Program Matrikulasi akan diberikan Sijil Matrikulasi yang diiktiraf oleh kerajaan sejak tahun 2017. Mereka boleh menggunakan sijil itu untuk berkhidmat di dalam Perkhidmatan Awam.

Syarat minimun kelayakan Program Matrikulasi

  1. Calon tidak boleh berumur melebihi 20 tahun pada tarikh memohon
  2. Calon hendaklah menperolehi sekurang-kurangnya gred C semua subjek dan LULUS bagi subjek Sejarah. Subjek-subjek yang didaftar di dalam Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) tahun 2020 mengikut jurusan seperti berikut :-
    • Jurusan Sains
      • Bahasa Melayu
      • Bahasa Inggeris
      • Sejarah
      • Matematik Tambahan
      • Kimia DAN
      • Salah satu subjek sama ada Biologi atau Fizik
    • Jurusan Kejuruteraan
      • Bahasa Melayu
      • Bahasa Inggeris
      • Sejarah
      • Matematik Tambahan
      • Kimia
      • Fizik DAN
      • Salah satu (1) subjek seperti : Biologi/ Sains Tambahan/Teknologi Kejuruteraan/Ekonomi Rumah Tangga atau mana-mana subjek yang didaftar di dalam SPM.
    • Jurusan Perakaunan
      • Bahasa Melayu
      • Bahasa Inggeris
      •  Sejarah
      • Matematik
      • Matematik Tambahan DAN
      • Dua (2) subjek seperti : Kimia, Fizik, Biologi/ Sains Tambahan/Perdagangan/Ekonomi Asas atau mana-mana subjek yang didaftar di dalam SPM.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

Program ini adalah di bawah kendalian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan bagi melatih pelajar-pelajar cemerlang menjadi guru dalam pelbagai bidang pengkhususan yang disediakan. Matlamat program ini adalah untuk memenuhi kehendak KPM dalam usaha menghasilkan atau melahirkan para guru di peringkat sekolah rendah yang mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda. Program pengajian ini juga akan menyediakan pelbagai fasiliti dan kemudahan dari segi ilmu pengetahuan, bimbingan daripada tenaga pengajar yang berpengalaman dalam dunia pendidikan. Para pelajar atau bakal guru akan terdedah dengan kemahiran asas dalam bidang perguruan. Pelajar yang mengikuti program ini akan ditempatkan di kampus-kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terdapat di seluruh negara.

CARA MEMOHON

  • Pemohon boleh membuat permohonan secara atas talian (online) dengan melayari Lawan Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Calon akan ditapis berdasarkan syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
  • Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) akan dikenakan kepada calon yang terpilih, dan mesti LULUS sebelum layak dipanggil temuduga.
  • Calon hanya dibenarkan membuat SATU (1) permohonan sahaja dan boleh mengemaskini sebelum tarikh tutup.
  • Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan.

Baca juga :

Inisiatif Portal Rumah Siswa untuk Mahasiswa Luar Kampus

Skim Bantuan Awal IPT Daripada Yayasan Wilayah Persekutuan

PENUTUP

Akhir kata, semoga perkongsian kami tentang Permohonan ke Program Matrikulasi, PISMP, PPC dibuka mulai 15 Mac ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar mahupun ibu bapa tentang cara membuat permohonan kemasukan ke dalam program terlibat. Pihak kementerian khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus memberikan maklumat dan panduan serta mewujudkan pelbagai inisiatif dalam memenuhi keperluan pendidikan rakyat.

Teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa. Terima kasih kerana menyokong kami dan semoga artikel Permohonan Ke Program Matrikulasi, PISMP, PCC dibuka mulai 15 Mac ini membantu anda.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) 2021

Program Diploma Perguruan Malaysia Bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak

9 Step Membuat Permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) Secara Online

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More