Sumber Rujukan Globalisasi Anda

PAINTSCOTING LEBIH MENJIMATKAN DAN MUDAH, JOM CUBA!

Trend dekorasi rumah terkini adalah dengan menggunakan wainscoting. Rata-rata rakyat Malaysia berjaya membuat sendiri sejak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan. Wainscoting ini memerlukan wang dan bahan yang banyak juga,mungkin ada yang tidak mampu dari segi kewangan tetapi ingin juga mendekorasi rumah,ada juga yang ingin buat,tetapi tidak pandai potong kayu atau tidak punya peralatan yang sesuai.

Wainscoting juga tidak akan berjaya dihasilkan jika dinding tidak rata. Juga gamnya mudah tertanggal. Banyak cabaran dan kekurangan juga wainscoting ini. Selain bahan dan peralatan juga banyak perlu digunakan. Apatah lagi jika ingin memotong kayu, para isteri kebanyakan tidak mampu buat sendiri dan terpaksa menunggu suami untuk membuat dekorasi idaman. Kadang- kadang semua terpaksa pendam sahaja impian ingin buat wainscoting kerana kekangan masa.

Kini anda tidak perlu risau lagi, semua orang akan mampu buat jika guna cara paintscoting (paints+ wainscoting) ini. Hanya gunakan pita pelekat dan cat. Sangat mudah,menjimatkan dan tetap cantik. Jom cuba.

Masking tape digunakan untuk dijadikan border.

Hasil selepas masking tape di buka. Menarik bukan? anda mampu buat sendiri.modal juga tidak banyak. Masa juga dapat dijimatkan.

Selamat mencuba!

Kredit : R See Emm

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More