Bahan Pendidikan Untuk Semua

PVC FOAM WAINSCOTING

Wainscoting adalah sejenis hiasan daripada Kayu atau material mdf yang ditampal / dilekat pada dinding dalam design tertentu. Wainscoting yang menggunakan kayu ini agak rumit sedikit kerana memerlukan banyak bahan dan barangan. harga pun agak mahal sedikit. Kini anda tidak perlu risau, anda ada pilihan yang lebih murah hanya dengan menggunakan PVC foam.

Jom lihat perkongsian daripada Amy Mohd Nor 

Memandangkan ramai yg mesej saya dan tanya tentang PVC Foam wainscoting ni, so sy decide nak terangkan detail dekat mana nak beli dan bahan2 yang nak digunakan untuk pasang.
PVC foam ni sangat ringan dan senang nk bentuk dan lekat di dinding berbanding jenis getah yang berat dan susah lekat di dinding.

Bahan yg sy gunakan:

1. Pembaris 45 darjah
2. Gam Dunlop (beli di mana2 kedai hardware/diy rm3.50 per bottle)
3. Gunting
4. Manilakad tebal/cupboard ( untuk buat kotak)

Pembaris 45 darjah sy gunakan untuk jadikan guide untuk potong bahagian hujung untuk penyambung supaya Nampak lebih kemas.

Step:

1.Step 1st buat petak gunakan manilakad atau cupboard

2.Lekat cupboard dekat dindning. Kemudian sapukan gam bhgian belakang pvc wainscoting.

3.Lekat pvc wainscoting ikut cupboard atau manilakad yang dah dilekatkan di dinding supaya pvc foam ni lekat dengan lurus baru cantik..hehe kalau xpakai board ni pn boleh terus lukis di dinding sbb tujuan dia hanya sebagai guide shja.

4.Kemudian sampai di bahagian hujung, gunakan pembaris 45 darjah dan gunting untuk penyambung line petak yg seterusnya.(boleh tgok gambar)

Untuk beli lining ni saya beli direct shopee kat sini saya sertakan link. Ada dua size satu 3cm lebar dan 1 lagi 6cm lebar. Warna putih siap2 so xperlu cat dah. Kalau nk cat warna sama dengan dinding pn boleh xada masalah.

-3cm lebar

https://shopee.com.my/product/66153410/2218094919?smtt=0.0.9

-6cm lebar

https://shopee.com.my/product/66153410/1869989725?smtt=0.0.9

Bagi saya wainscoting pvc foam ni mmg menarik nampak real mcm yg kayu dan yg paling penting senang nak pasang sorang2 pn boleh buat sbb pakai gunting shaja potong xperlu professional tools dan kos sgt2 murah. 😊😊

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Kredit : Amy Mohd Nor

 

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More