Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pemakaian Double Face Mask Menurut KKM

Dalam sebuah sidang media, beliau mengesahkan sendiri pemakaiannya serta keberkesanannya.

“Pemakaian ‘double face mask’ lebih berkesan iaitu dapat menapis lebih 95 peratus virus terutama di tempat awam yang berisiko tinggi contohnya di hospital.” kata Dr Noor Hisham.

Pemakaian Double Face Mask Menurut KKM

Cara menggabungkan pelitup muka yang bersesuaian iaitu dengan surgical mask (pelitup muka pembedahan) dan cloth mask (pelitup muka jenis fabrik) ini didapati membantu menapis lebih banyak partikel berbanding satu pelitup muka kain.

Pihak CDC dan Dr Anthony Fauci telah menjalankan validasi ke atas pemakaian pelitup muka berganda. Ia didapati membantu menapis lebih banyak partikel berbanding satu pelitup muka kain.

Pemakaian Double Face Mask Menurut KKM

Dua kaedah telah dikaji bagi meningkatkan keberkesanan penggunaan pelitup muka.

Kajian CDC menunjukkan pemakaian pelitup muka berganda (pelitup muka kain di atas pelitup muka perubatan) dapat mengurangkan risiko pemakai kepada pendedahan virus COVID-19.

Isi Kandungan

2 Kaedah Berkesan Mempertingkatkan Fungsi Pelitup Muka

  1. Mengikat bahagian tepi face mask dan memperkemaskannya ke bahagian muka.
  2. Menggunakan 2 lapisan pelitup muka (double mask)

Pemakaian Double Face Mask Menurut KKM

KAEDAH 1: Knot & Tuck

Knot & Tuck – (Mengikat & Memperkemas Pelitup Muka Agar Berada Rapat Dengan Muka)

Cara ini boleh dilakukan dengan mengikat bahagian kiri dan kanan pelitup muka.

Kaedah ini dilakukan agar liang-liang udara dihalang daripada memasuki bahagian dalam hidung dan mulut, sekaligus mengurangkan risiko jangkitan COVID19.

Kaedah ini dapat memberi perlindungan 77% berbanding pemakaian pelitup muka 3-ply yang biasa iaitu 56.1%.

Pemakaian Double Face Mask Menurut KKM

KAEDAH 2: Cara Pakai Double Mask

Kaedah kedua adalah dengan memakai 2 lapisan pelitup muka (double mask).

Sememangnya pemakaian dua pelitup muka akan menjadikan pernafasan sedikit sukar, namun secara umumnya penggunaan pelitup muka perubatan (3-ply surgical mask) dengan pelitup muka kain dapat digunakan dengan baik oleh kebanyakan pengguna dan ianya tidak mengurangkan pembekalan oksigen kepada pemakai.

Pelitup muka berganda didapati memberi perlindungan 85.4% berbanding pemakaian 3-ply mask biasa (56.1%) dan pelitup muka jenis kain 51.4%.

Ini bermakna, pemakaian double mask adalah cara memaksimumkan fungsi pelitup muka yang paling berkesan.

Bagaimana Cara Pakai Double Mask?

Kaedah pemakaian pelitup muka berganda yang betul:

  • Gunakan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain. Elak mengenakan dua pelitup muka perubatan atau dua pelitup muka kain sebagai pelitup muka berganda.
  • Manakala pelitup muka N95 sepatutnya digunakan satu sahaja dan tidak dipasangkan dengan pelitup muka lain.

Pemakaian Double Face Mask Menurut KKM

Pelitup muka N95 adalah piawaian tertinggi bagi jenis pelitup muka. Ianya boleh melitup permukaan muka dan menapis sehingga 95% partikel (sekiranya dikenakan dengan betul).

Oleh itu, tiada keperluan untuk mengenakan pelitup muka berganda.

Artikel lain: MCO 3.0 SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan PKP 25 Mei 2021Permohonan Bantuan Khas RM500 Peniaga Bazar Ramadhan Selangor

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More