Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Bantuan Khas RM500 Peniaga Bazar Ramadhan Selangor

Pemberian Bantuan Khas RM500 ini dibuat bagi membantu peniaga bazar Ramadhan yang terjejas akibat penutupan operasi perniagaan tersebut. Pemberian bantuan ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM5 juta dan memberi manfaat kepada 11,000 peniaga bazar Ramadhan yang terlibat.

Permohonan bantuan khas ini dibuka mulai 21 Mei 2021 hingga 30 Jun 2021 secara atas talian.

Permohonan Bantuan Khas RM500 Peniaga Bazar Ramadhan Selangor

Isi Kandungan

Kawasan Yang Terlibat

Penutupan operasi bazar Ramadhan akibat pelaksanaan PKP melibatkan 6 kawasan iaitu:

  • Hulu Langat
  • Petaling
  • Gombak
  • Klang
  • Kuala Langat
  • Sepang

PBT Yang Terlibat

Bantuan Khas RM500 ini melibatkan 9 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor iaitu:

  • Majlis Bandaraya Shah Alam
  • Majlis Bandaraya Petaling Jaya
  • Majlis Bandaraya Subang Jaya
  • Majlis Perbandaran Klang
  • Majlis Perbandaran Ampang Jaya
  • Majlis Perbandaran Selayang
  • Majlis Perbandaran Sepang
  • Majlis Perbandaran Kajang
  • Majlis Perbandaran Kuala Langat

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi peniaga bazar Ramadhan yang layak adalah seperti berikut:

  1. Peniaga bazar Ramadhan tersebut mestilah berlesen atau berdaftar sama ada di bawah Majlis atau penganjur (berdaftar dengan Majlis).
  2. Peniaga yang layak menerima bantuan khas ini mestilah berada di kawasan 9 PBT yang terlibat sahaja.
  3. Setiap peniaga hanya layak menerima sekali sahaja bantuan walaupun mempunyai lebih 1 petak bazar atau lesen dan permit daripada Majlis yang sama atau berbeza.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://www.selangorprihatin.com/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan.’
  3. Di bahagian ‘Bantuan Khas Bazar Ramadhan 2021 One-Off,’ masukkan no kad pengenalan dan klik butang seterusnya.
  4. Jika layak, isi maklumat peribadi, perniagaan, dan nombor akaun bank yang aktif.
  5. Bantuan akan disalurkan terus ke akaun bank pemohon dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tempoh permohonan yang lengkap dihantar.

Soalan Lazim

  • Saya merupakan peniaga bazar Ramadhan tahun 2021 di Negeri Selangor di bawah penganjur namun penganjur tersebut tidak berdaftar dengan Majlis. Adakah saya layak memohon bantuan khas ini?

    Tidak. Hanya peniaga di bawah penganjur yang berdaftar dengan Majlis sahaja layak untuk memohon.

  • Saya merupakan peniaga bazar Ramadhan tahun 2021 di Negeri Selangor namun bukan di lokasi Bazar Ramadhan yang ditetapkan oleh Majlis. Adakah saya layak memohon bantuan khas ini?

    Tidak. Hanya peniaga di lokasi bazar Ramadhan yang ditetapkan Majlis sahaja layak untuk memohon.

  • Saya merupakan peniaga bazar Aidilfitri (Ekspo Raya) yang berlesen dan berdaftar dalam kawasan PKP. Adakah saya layak memohon bantuan khas ini?

    Tidak. Hanya peniaga di bazar Ramadhan tahun 2021 sahaja layak untuk memohon.

  • Saya merupakan peniaga Bazar Ramadan tahun 2021 di Negeri Selangor yang berlesen/berdaftar, namun apabila saya mengisi nombor Kad Pengenalan, maklumat di laman web menunjukkan nombor Kad Pengenalan saya tidak wujud. Apa perlu saya lakukan?

    Terdapat dua kemungkinan iaitu nombor Kad Pengenalan yang didaftarkan di Majlis untuk kelulusan lesen/ permit adalah berbeza dengan nombor Kad Pengenalan sebenar pemohon atau pemohon bukan merupakan peniaga Bazar Ramadan di 6 daerah dalam kawasan PKP.

Saya tidak mempunyai akaun bank yang aktif. Bolehkah saya mengisi akaun bank orang lain?

  • Pemohon yang mempunyai masalah akaun bank akan diuruskan secara berasingan. Sila emelkan dokumen ke [email protected] iaitu:
    • Nyatakan sebab menggunakan akaun bank milik orang lain (pasangan atau anak) dan hubungan dengan pemilik akaun bank yang ingin digunakan (pasangan atau anak).
    • Salinan Kad Pengenalan pemohon (pemilik lesen/ permit).
    • Salinan penyata akaun bank yang ingin digunakan (pasangan atau anak).
    • Salinan Kad Pengenalan pemilik akaun bank yang ingin digunakan (pasangan atau anak).
  • Saya telah mengisi borang dengan lengkap dalam tempoh ditetapkan, namun bantuan RM500 belum diperolehi selepas 14 hari bekerja. Apa perlu saya lakukan?

    Keadaan ini mungkin disebabkan maklumat akaun bank pemohon berbeza atau tidak tepat menyebabkan
    bantuan tidak dapat disalurkan. Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh hubungi SELCARE Hotline bagi mendapatkan pengesahan bayaran bantuan

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Khas RM500 ini, sila hubungi SELCARE Hotline di 1-800-22-6600 atau menghantar email ke alamat [email protected].

Artikel lain: Permohonan Skim Perantisan Nasional (SPN) KBSPermohonan Sewaan Premis Bangunan MARA

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More