Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Penyerang Kelantan FC ‘Syak’ Ade Pihak Cuba Rosakkan Karier Beliau

Nixon Guylherme pemain yang kini berkemungkinan tidak akan disambung kontrak meyuarakan rasa tidak senang terhadap apa yang berlaku pada beliau.

Hadir dalam skuad TRW sebagai salah seorang penyerang sensasi dari liga Bangladesh, dan mengisi kuota daripada tiga penyerang import yang ditandatangani pasukan Kelantan FC musim ini.

Kelantan FC

Akan tetapi segalanya tidak indah seperti yang dijangka apabila pemain import dari Brazil terpaksa melalui satu musim yang sukar selepas dihantui dengan beberapa siri kecederaan yang membelenggu beliau.

Kelantan FC

Sejak kebelakangan ini, Nixon gagal untuk menembusi kesebelasan utama dan difahamkan situasi itu ada kena mengena dengan tahap kecergasan beliau selepas mengalami kecederaan. Dan Nixon ada berkongsi mengenai apa yang terjadi kepada beliau.

Dalam satu muat naik di laman instagram rasmi milik beliau, Nixon menegaskan seperti ada pihak yang menghalang beliau dari terus bersinar dalam aksi domestik. Selain itu, Nixon juga mengesahkan bahawa beliau tidak lagi mengalami kecederaan.

Nixon TRW

Nixon seperti reda dengan apa yang terjadi dan beliau percaya satu hari nanti segala kebenaran akan terungkai jua. Tuhan tahu akan segalanya.

Penyerang Kelantan FC 'Syak' Ade Pihak Cuba Rosakkan Karier Beliau 1

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More