Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023 Terkini

Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023 yang terbaharu kini telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan bagi memastikan undang-undang jalan raya sentiasa dipatuhi oleh semua pengguna tanpa kompromi.

Jom ikuti perkembangan terbaharu berkaitan Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023 dibawah.

Isi Kandungan

Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023 – Peraturan Ketelusan Cahaya (VLT)

Pemandu atau pemilik berdaftar kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan bagi kesalahan pertama.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan berkata, bagi sabitan berikutnya pula, denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Menurutnya, Kementerian Pengangkutan melalui JPJ pada Mei 2019 telah memperkenalkan peraturan baharu mengenai pemakaian cermin gelap kepada kenderaan persendirian.

  • Cermin depan kekal 70 %.
  • Cermin sisi bahagian pemandu & cermin sisi penumpang hadapan kekal 50%.

Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023

Berikut dikongsikan kenyataan media berkaitan Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023 yang telah dikeluarkan oleh pihak JPJ bertarikh 6 Oktober 2023 untuk makluman umum semua rakyat Malaysia.

Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023

Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023

Kredit Sumber: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Permohonan Cermin Gelap JPJ

Mengikuti perkembangan terkini Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023, tidak semua rakyat Malaysia boleh sesuka hati memasang tinted di cermin kereta mereka.

Rakyat Malaysia yang bercadang menggunakan cermin tinted di kenderaan mereka perlu mengemukakan permohonan terlebih dahulu kepada pihak JPJ dan berikut merupakan golongan yang layak membuat permohonan ini:

  • Permohonan Berasaskan Kesihatan.
  • Permohonan Berasaskan Keselamatan.

Maklumat lanjut berkaitan permohonan tersebut adalah seperti berikut.

Permohonan Penggunaan Cermin Gelap

Jenis Permohonan

Bayaran Fi

Tempoh Kelulusan

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Permohonan

Perakuan

Kesihatan

Kenderaan Persendirian
Individu / Persendirian
Syarikat

Baharu

Tiada

Tiada

2 Tahun

  • Pemilik kenderaan syarikat atau persendirian yang memohon perlulah menghantar bersama laporan perubatan asal oleh Pakar Perubatan dari Hospital Kerajaan / Swasta.
  • Pemohon perlulah membawa bersama borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar.
  • Bagi permohonan jenis ini, Fi Permohonan dan Fi Kelulusan tidak dikenakan ke atas mereka.

Pembaharuan

Tiada

Tiada

Pertukaran

Tiada

Tiada

Keselamatan

Kenderaan Persendirian
Individu / Persendirian
Syarikat

Baharu

RM50.00

RM5,000.00

5 Tahun

  • Dokumen sokongan seperti laporan polis atau lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan risiko keselamatan yang di hadapi (bagi individu).
  • Borang daftar Syarikat 24 dan Form 49 (bagi Syarikat) yang disahkan oleh Setiausaha Syarikat yang berdaftar.
  • Fi Permohonan sebanyak RM 50.00 untuk membuat permohonan.
  • Fi Perakuan Kelulusan sebanyak RM 5,000.00 setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap.

Pembaharuan

RM50.00

RM5,000.00

Pertukaran

RM50.00

Tiada

Kenderaan Majikan
Kerajaan

Baharu

RM50.00

Tiada

2 Tahun

  • Surat permohonan daripada Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Pengarah Jabatan.
  • Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00 untuk membuat permohonan.

Pembaharuan

RM50.00

Tiada

Pertukaran

RM50.00

Tiada

Kenderaan Persendirian
Individu Kedutaan / Milikan Kedutaan

Baharu

RM50.00

RM5,000.00

5 Tahun

  • Surat permohonan daripada Kedutaan.
  • Fi Permohonan dikenakan sebanyak RM 50.00 untuk membuat permohonan.
  • Fi Perakuan Kelulusan sebanyak RM 5,000.00 setelah mendapat surat makluman keputusan permohonan kelulusan penggunaan cermin gelap.

Pembaharuan

RM50.00

RM5,000.00

Pertukaran

RM50.00

Tiada

Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023

Proses Permohonan Cermin Gelap JPJ

Langkah-langkah untuk proses permohonan cermin gelap JPJ adalah seperti berikut:

  1. Bayaran Fi Permohonan (RM 50.00) boleh dibuat di mana-mana pejabat JPJ atau secara atas talian (online) di Portal Awam JPJ.
  2. Permohonan akan disemak oleh satu jawatankuasa khas.
  3. Surat keputusan akan dikeluarkan.
  4. Setelah diluluskan, pembayaran Fi Perakuan (RM 5,000.00) perlu dijelaskan di mana-mana pejabat JPJ atau secara atas talian (online) di Portal Awam JPJ.

Bagi urusan permohonan cermin gelap JPJ di pejabat JPJ, pastikan anda mendapatkan nombor giliran menggunakan JPJEQ bagi memudahkan urusan.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau perubahan terkini tentang Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023 ini, anda boleh melayari laman rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan dari semasa ke semasa.

Diharapkan dengan perkongsian Peraturan Cermin Gelap JPJ 2023 ini dapat memberikan manfaat untuk anda semua pengguna jalan raya di luar sana.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi info yang terkini dan menarik di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala informasi yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More