Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Perkasa Peranan Wakaf Elemen Bangunkan Ekonomi Negara

PUTRAJAYA: Kerajaan menyambut baik dua institusi yang merangka produk baharu dengan disinergikan elemen wakaf iaitu Dana Kenanga Waqf Al-Ihsan dan Dana Wakaf Tunai kerjasama antara Yayasan Waqaf Malaysia dan Bank Rakyat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia antara manifestasi penglibatan semua pihak sama ada masyarakat, agensi kerajaan serta syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) demi memperkasakan peranan wakaf dalam usaha membangunkan ekonomi negara.

wakaf
PUTRAJAYA 26 JAN 2021- Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) secara persidangan video dari pejabat di bangunan Perdana Putra. GAMBAR: FB MUHYIDDIN YASSIN

Menurut Perdana Menteri, Dana Kenanga Waqf Al-Ihsan ialah unit amanah yang dilancarkan hasil kerjasama Kenanga Investors Bhd. dan Yayasan Waqaf Malaysia dengan dana dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti bertujuan memberi peluang rakyat melabur dengan pengurus dana profesional sambil berwakaf dan menyumbang kepada pembangunan sosial dan masyarakat di seluruh negara.

Kata beliau, penyaluran aset wakaf hasil dari pulangan pelaburan akan meliputi projek-projek yang bersifat pendidikan, kesihatan, pemerkasaan ekonomi dan alam sekitar sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030.

Beliau memberitahu, Bank Rakyat pula menyumbangkan sebanyak RM1 juta dalam Dana Wakaf Tunai sebagai padanan geran dengan kerjasama Yayasan Waqaf Malaysia.

“Bagi setiap ringgit yang disumbangkan oleh pewakaf individu ke platform disediakan Bank Rakyat, bank koperasi Islam terbesar Malaysia itu akan mewakafkan pada nilai sama kepada Dana Wakaf Tunai ini.

“Ini adalah revolusi wakaf hasil cetusan sinergi sektor korporat yang mampu menyumbang kepada pembangunan dan perkembangan wakaf di Malaysia,” katanya ketika berucap melancarkan Bulan Wakaf kebangsaan Tahun 2021 dianjurkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji menerusi rancangan TV Al-Hijrah, hari ini.

Bulan Ramadan dijadikan sebagai Bulan Wakaf Kebangsaan bagi memastikan tumpuan khusus masyarakat dapat diberikan terhadap kehebatan wakaf.

Muhyiddin berkata, empat perkara utama digariskan bagi memastikan wakaf berperanan sebagai salah satu elemen penting dalam membantu pembangunan ekonomi negara tanpa menidakkan hakikat bahawa Majlis Agama Islam Negeri-negeri adalah pemegang amanah tunggal harta wakaf negeri-negeri.

Peranan Bulan Wakaf Kebangsaan

Berikut merupakan peranan yang dijadikan sebagai satu elemen penting dalam pembangunan ekonomi negara

  1. Meningkatkan tabungan dana wakaf bagi membolehkan banyak lagi aset wakaf diwujudkan.
    • Menggalakkan pegawai dan kakitangan di bawah tanggungjawabnya untuk berwakaf tunai terutamanya secara berkala melalui potongan gaji sebagaimana pekeliling dikeluarkan.
  2. Pembangunan hartanah wakaf dalam penyediaan pelan pembangunan Rancangan Malaysia lima tahun negara
    • Penyertaan GLC, GLIC, badan korporat bersama-sama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Yayasan Waqaf Malaysia dan Majlis Agama Islam negeri perlu mengenal pasti ruang dan peluang kerjasama bagi mengoptimumkan penggunaan dan pembangunan aset-aset wakaf.
  3. Memperhebatkan lagi aktiviti pembudayaan dan sosialisasi wakaf ke arah mewujudkan masyarakat celik wakaf
    • Meningkatkan hubungan baik dengan majlis-majlis Agama Islam Negeri bagi memastikan pentadbiran harta wakaf, zakat dan urusan haji umat Islam menjadi lebih sistematik, cekap dan berkesan.
  4. Yayasan Waqaf Malaysia khususnya perlu diperkasakan
    • Contoh teladan pentadbiran wakaf yang terkehadapan di peringkat antarabangsa

Sumber Utusan Malaysia

Artikel lain: Tuntut Kupon Bayaran Balik LRT

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More