Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Tuntut Kupon Bayaran Balik LRT

Penumpang LRT Boleh Tuntut Kupon Bayaran Balik

tuntut

Penumpang Perkhidmatan Aliran Transit Ringan ( LRT) yang terjejas dengan kejadian tren tergendala petang tadi boleh menuntut kupon bayaran balik kepada Rapid KL. Kupon bayaran balik boleh dituntut di semua kaunter LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling.

Rapid KL memohon maaf atas gangguan perkhidmatan dan kesulitan yang terpaksa dihadapi oleh para pelanggan kami akibat gangguan berkenaan.

“Kerja-kerja mengeluar dan memindahkan penumpang mengambil masa yang lebih lama daripada biasa atas sebab-sebab keselamatan kerana risiko yang dibawa oleh angin ribut, hujan dan petir,” katanya di sini tadi.

Katanya, operasi mengeluarkan dan memindahkan penumpang selesai pada pukul 10.20 malam namun kerja pembersihan dan pemeriksaan berjalan sepanjang malam ini.

Sumber Kosmo Online

Artikel lain: Panduan Solat Sunat Tahajjud Ringkas Beserta Doa & Qiamullail

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More