Bahan Pendidikan Untuk Semua

PERMAINAN KANAK-KANAK ZAMAN DAHULU YANG MENGGAMIT KENANGAN

Jika mengimbau kenangan zaman dahulu bagi kanak-kanak 80an dan 90an pasti merindui permainan yang pernah dimain bersama rakan-rakan pada waktu kecil yang kanak-kanak zaman sekarang tidak tahu. Mari kita imbau kembali permainan-permainan yang menggamit memori zaman kanak-kanak.

Bermain rebut tiang

Para pemain akan mencakung dalam satu bulatan dengan kedudukan menghadap ke dalam bulatan. Apabila dikira 1, 2, 3, para pemain akan berlumba-lumba menuju ke mana-mana tiang pilihan dengan cara berjalan itik. Siapa lambat dia tidak dapat tiang untuk dibuat “rumah”. Maka bermulalah kemelut merebut tiang dalam permainan merebut tiang ini.

Pemain yang berumah kemudian akan membuat perundingan secara senyap untuk membuat pertukaran tiang sesama sendiri, sementara pemain yang tidak bertiang itu akan berusaha merebut tiang ketika pertukaran berlangsung.

Galah panjang

Sejenis permainan tradisional yang dimainkan di atas gelanggang yang dilakar di atas tanah kosong. Gelanggang yang dibuat mengandungi 2 lajur dan beberapa baris bergantung kepada bilangan pemain. Gelanggang galah panjang dibuat mengikut bilangan pemain yang bermain galah panjang. Contohnya jika pemain ada 10 orang, gelanggang yang dibuat mengandungi 4 baris. Jika bilangan pemain sebanyak lapan orang, gelanggang galah panjang mengandungi 3 baris. Permainan ini melibatkan kepakaran seorang ketua atau ibu untuk mengawal gerakan anak buah bagi pihak yang mengawal gelanggang. Manakala kecekapan dan kepantasan teruji kepada pihak yang menempuh gelanggang. Jika pihak menempuh gelanggang mempunyai kebijaksanaan menempuh gelanggang, maka mereka boleh menang dengan mudah.

Batu seremban

cuma memerlukan beberapa biji ketulan-ketulan batu, lazimnya sebanyak lima biji. Selain itu, karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan. Permainan ini sering dimainkan pada waktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah, di taman atau di mana-mana sahaja yang terdapat permukaan yang rata dan bersih. Para pemain akan duduk di atas lantai, dan bermain mengikut giliran.

Police entry

Nak main permainan ini senang . Lelaki dan perempuan pun boleh. Permainan ini mengira kepantasan larian individu. Biasanya seorang akan tutup mata dan kemudian dia mula mengira sampai 10. Biasanya semasa mengira itu, kawan-kawan dah cabut dulu takut ditangkap. Masa ini bermulalah adegan kejar mengejar.  Banyak keluar peluh, tak adalah memerap dalam rumah saja.

 

Baling tin

Tin disusun  secara piramid. kalau boleh baling tin paling atas atau jatuhkan satu sahaja, Sebabnya selepas jatuh korang kena susun balik piramid itu. Main baling tin ini boleh menangis sebab sakit kena baling dengan bola rounders semasa cubaan nak menyusun tin tu. Memang bertanda badan,tetapi tetap seronok biarpun menangis.

Sebenarnya banyak lagi permainan zaman dulu yang tidak dinyatakan.Ini hanyalah sebahagian sahaja,Apa-apa pun permainan zaman dahulu lebih menyeronokkan berbanding sekarang yang kanak-kanak sekarang hanya bermain gadget.

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More