Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Fasa 2 Sesi 2024/2025

Berikut adalah info terkini mengenai permohonan kemasukan ke program Matrikulasi bagi Fasa 2 Sesi 2024/2025.

Isi Kandungan

Apa Itu Program Matrikulasi?

Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk memastikan pembangunan potensi pelajar bumiputera melalui pendidikan pra-universiti yang berkualiti untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah pertama di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di dalam dan di luar negara dalam bidang sains, teknologi dan profesional.

Semua lulusan Program Matrikulasi KPM dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM yang diiktiraf ke Perkhidmatan Awam mulai tahun 2017.

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Fasa 2 Sesi 2024/2025 1

Jurusan Program Matrikulasi

Program Matrikulasi KPM ini mempunyai 4 jurusan iaitu

  1. Jurusan Sains.
  2. Jurusan Kejuruteraan.
  3. Jurusan Perakaunan.
  4. Jurusan Perakaunan Profesional.
Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Fasa 2 Sesi 2024/2025 2

Kelebihan & Risiko Program Matrikulasi

Umumnya kita tahu terdapat beberapa laluan untuk pelajar melanjutkan pelajaran selepas SPM, antaranya adalah seperti STPM, Pusat Asasi UM, Diploma atau Matrikulasi.

Antara kelebihan dan risiko Program Matrikulasi KPM adalah seperti berikut:

KelebihanRisiko
Memperoleh elaun daripada Kerajaan.Proses pembelajaran yang pantas serta silibus pembelajaran yang mantap dan padu.
Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran Universiti.Sijil Matrikulasi KPM hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke pringkat Ijazah sahaja.
Tempoh pembelajaran yang singkat.Wajib mengambil MUET.
Memperoleh penerpaan soft skill.Persaingan daripada Pelajar Asasi dan Pelajar Tingkatan Enam.

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi

Dimaklumkan bahawa permohonan Fasa 2 dibuka kepada pelajar lepasan SPM 2023 mulai 27 Mei 2024 sehingga 31 Mei 2024, iaitu selama 5 hari.

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Fasa 2 Sesi 2024/2025 3

Tarikh Penting

Tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian untuk permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi ini adalah seperti berikut:

Kemaskini Permohonan / Permohonan Baharu27 Mei 2024 – 31 Mei 2024
Semakan Keputusan Tawaran / Setuju TerimaJun 2024
Rayuan Pertukaran Jurusan / KolejJulai 2024
Keputusan Julai 2024
Semakan Tawaran Fasa 2Ogos 2024

Syarat Kelayakan Permohonan

Syarat-syarat asas permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi ialah:

  1. Umur tidak melebihi 20 tahun semasa permohonan.
  2. Warganegara Malaysia.
  3. Pemohon mestilah calon SPM tahun semasa.

Manakala, syarat-syarat kelayakan minimum kemasukan ke Program Matrikulasi ialah memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM.

Jurusan SainsBahasa Melayu – C
Bahasa Inggeris – C
Matematik – B
Matematik Tambahan – C
Kimia – C
Fizik atau Biologi – C
Sejarah – Lulus
Jurusan KejuruteraanBahasa Melayu – C
Bahasa Inggeris – C
Matematik – B
Matematik Tambahan – C
Fizik – C
Kimia – Lulus
Sejarah – Lulus
dan C dalam satu (1) daripada mana-mana mata pelajaran berikut:
Biologi / Sains Tambahan / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Kimia.
Jurusan PerakaunanBahasa Melayu – C
Bahasa Inggeris – C
Matematik – C
Sejarah – Lulus
dan C dalam tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut:
Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Matematik Tambahan.
Jurusan Perakaunan ProfesionalBahasa Melayu – C
Bahasa Inggeris – A
Matematik – A
Matematik Tambahan – C
Sejarah – Lulus
Lulus Ujian aptitud dan termuduga dan A dalam tiga (3) daripada mana-mana mata pelajaran berikut:
Fizik / Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan / Asas Kelestarian / Pertanian / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Sains Komputer / Sains Sukan / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Prinsip Perakaunan / Ekonomi / Perniagaan / Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

Cara Permohonan

Permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi ini adalah PERCUMA dan permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) pada pautan berikut:

>>>Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Fasa 2 Sesi 2024/2025<<<

Bagi calon yang telah memohon pada Fasa 1, calon boleh

  • Kemas kini pilihan jurusan.
  • Kemas kini maklumat peribadi.

Manakala, bagi calon yang belum memohon pada Fasa 1, calon boleh

  • Membuat permohonan baharu sepanjang tarikh permohonan dibuka.

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi ini, sila e-melkan pertanyaan anda kepada [email protected] atau hubungi 03 – 8884 4083 / 4042 / 4098 atau terus joined Telegram Channel JomMasukMatriks.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More