UPKK 2024: Tarikh & Jadual Terkini Ujian Penilaian Kelas KAFA
Berikut adalah tarikh rasmi Ujian Penilaian Kelas KAFA, UPKK 2024 untuk makluman semua guru, ibu bapa dan pelajar diluar sana.
Isi Kandungan
Apa Itu UPKK?
Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK adalah sebuah ujian penting untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid Tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab ( Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) adalah suatu program yang berkonsepkan pengukuhan asas Pendidikan Islam bagi kanak-kanak berumur dari 7 hingga 12 tahun yang dilaksanakan sejak tahun 1990.
Program ini memberi penekanan kepada kemahiran membaca Al-Quran serta asas-asas Fardu Ain bagi membentuk kemenjadian murid yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Subjek Kurikulum KAFA
Program KAFA menggunakan Kurikulum dan Buku Teks KAFA JAKIM yang menekankan kemahiran amali bagi membimbing murid mengenai Al-Quran dan melaksanakan ibadah khusus selain daripada penguasaan aspek keimanan, kemanusiaan, kemasyarakatan dan kenegaraan.
Kurikulum ini memberi tumpuan kepada pendidikan asas Tilawah Al-Quran, pembentukan Akidah, bimbingan Fardu Ain, memupuk amalan Fardu Kifayah dan amalan Adab yang berteraskan Akhlak Islamiah yang mencakupi dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Terdapat lapan (8) subjek dalam Kurikulum KAFA, iaitu:
- Amali Solat.
- Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI).
- Tilawah Al-Quran.
- Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah).
- Sirah.
- Adab (Akhlak Islamiyah).
- Jawi dan Khat.
- Asas Lughatul Quran.
Bentuk Penilaian UPKK
Bentuk-bentuk penilaian UPKK oleh JAKIM adalah seperti berikut:
Bentuk Penilaian | Subjek |
---|---|
Lisan | Al-Quran |
Amali | Amali Solat |
Lisan & Pemerhatian | Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) |
Bertulis | Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah) Sirah Adab (Akhlak Islamiyah) Jawi dan Khat Asas Lughatul Quran |
Syarat Kelayakan UPKK
Antara syarat-syarat kelayakan untuk menghadapi peperiksaan UPKK adalah seperti berikut:
- Belajar dan telah mengikuti program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) sekurang-kurangnya 3 tahun.
- Mengikut Kurikulum Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
- Murid Tahun 5 program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) adalah berumur 11 tahun (mengikut tahun semasa).
- Berdaftar untuk menduduki UPKK.
Jika anda ingin menyemak kelayakan anak / murid atau ingin menyemak maklumat sekolah / KAFA di tempat anda, boleh semak pada Portal Simpeni pada pautan berikut:
>>>Semakan Kelayakan & Maklumat UPKK 2024<<<
Jadual Waktu UPKK 2024
Berikut adalah jadual waktu peperiksaan UPKK yang rasmi telah dikeluarkan dan diumumkan oleh JAKIM.
Tarikh | Waktu Ujian | Kod Kertas | Mata Pelajaran | Tempoh Masa Ujian |
---|---|---|---|---|
1/7/2024 – 28/10/2024 | Waktu Persekolahan | UPKK 08 | Penghayatan Cara Hidup Islam | 81 Hari |
1/7/2024 – 28/10/2024 | Waktu Persekolahan | UPKK 09 | Amali Solat | 81 Hari |
29/10/2024 – 29/11/2024 | Waktu Persekolahan | UPKK 01 | Al-Quran | 22 Hari |
*Hari Pertama | 2.30 – 3.45 Petang | UPKK 02 | Akidah | 1 Jam 15 Minit |
*Hari Pertama | 4.15 – 5.30 Petang | UPKK 04 | Adab | 1 Jam 15 Minit |
*Hari Kedua | 2.30 – 3.45 Petang | UPKK 07 | Ibadah | 1 Jam 15 Minit |
*Hari Kedua | 4.15 – 5.30 Petang | UPKK 05 | Jawi dan Khat | 1 Jam 15 Minit |
*Hari Ketiga | 3.00 – 4.15 Petang | UPKK 03 | Sirah | 1 Jam 15 Minit |
*Hari Keempat | 3.00 – 4.15 Petang | UPKK 06 | Bahasa Arab | 1 Jam 15 Minit |
*Tarikh peperiksaan akan dimaklumkan dan dikemaskini melalui medium rasmi JAKIM.
Kelebihan Mengambil Peperiksaan UPKK
UPKK masih relevan dan terbukti menerusi pertambahan calon setiap tahun yang menunjukkan kesedaran bagi menjadikan KAFA sebagai pengukuhan ilmu Islam.
Peperiksaan ini malah dijadikan sokongan untuk kemasukan ke 60 buah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menjadi pilihan ibu bapa ketika ini.
Tidak ketinggalan juga, keputusan UPKK boleh dijadikan kelebihan untuk kemasukan ke 12 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi dan tiga (3) buah Sekolah Menengah Agama Persekutuan.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut berkaitan tarikh peperiksaan bertulis UPKK 2024 ini, sila rujuk Facebook Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM dari semasa ke semasa.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!