Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA (28 Mei – 11 Jun 2021)

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA TESP 2021 telah dibuka bermula 28 Mei 2021 sehingga 11 Jun 2021. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.

Pinjaman Boleh Ubah bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.

Isi Kandungan

Bentuk Pinjaman Yang Bakal Diterima

Pinjaman pelajaran di bawah Program TESP ini merangkumi

  • Yuran Pengajian
  • Elaun Sara Hidup (ESH)
  • Elaun Pengangkutan
  • Elaun Pengangkutan (pergi dan balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah / Sarawak atau pelajar Sabah / Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung.

Syarat Kelayakan Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA

Syarat kelayakan Program ini boleh dirujuk dalam garis panduan permohonan pinjaman pelajaran MARA, seperti berikut:

  • Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia
  • Had umur pelajar tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan.
  • Memenuhi kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) yang ditetapkan.
  • Ibu,bapa dan penjaga serta pemohon tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
  • Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.

Syarat Kelayakan Khusus

  • Bagi pelajar baharu, perlu memperolehi keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas bagi peringkat pengajian Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM dan yang setaraf dengannya. Pelajar juga telah mendapat tawaran dan mendaftar pengajian di IPT bermula Januari 2021.
  • Bagi pelajar sedia ada, keputusan akademik yang terkini sekurang-kurangnya mendapat PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang 1 (satu) tahun.
  • Pelajar juga perlu lulus dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu semasa di peringkat SPM. Manakala, bagi pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional yang berkaitan

Tarikh Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA

Permohonan dibuka selama 14 hari mulai 28 Mei 2021 (Jumaat) hingga 11 Jun 2021 (Jumaat).

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA (28 Mei – 11 Jun 2021)

Cara Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA 2021

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melaui Portal MARA, http://www.mara.gov.my.

Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna baharu sebelum mengisi permohonan.

Pemohon juga dikehendaki membaca dan memahami Garis Panduan Permohoanan TESP yang disediakan sebelum membuat permohonan.

Sila rujuk Garis Panduan Permohonan : https://www.mara.gov.my/wp-content/uploads/2021/05/Garis-Panduan-TESP-Ambilan-ke-2.pdf

Semakan Status TESP MARA 2021

Pemohon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di portal MARA; http://www.mara.gov.my dan emel masing-masing dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekiranya dalam tempoh 3 (tiga) bulan daripada tarikh tutup
permohonan pelajar tidak menerima sebarang maklum balas daripada MARA, maka permohonan tersebut dianggap Tidak Berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi melalui emel seperti di alamat berikut; [email protected]

Artikel lain: Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More